Pertama kali menaja rancangan Gegar Vaganza 2019, Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Azmi Zainal atau lebih mesra dengan panggilan Bos Susu mendapat pujian netizen.
Rata-rata memuji sikapnya yang begitu profesional, tidak terikut-ikut dengan teknik pemasaran viral seperti penaja GV sebelum ini iaitu Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri yang umum mengetahui, agak agresif ketika mempromosikan produk mereka dan turut mencetuskan kontroversi.
Cara Azmi pula begitu sopan dan lemah-lembut. Ramai sokong seandainya syarikat tersebut meneruskan tajaan GV pada masa akan datang.
Tidak gila mic dan terkinja-kinja
Nampak profesional
Kami pun puji sikap bersahaja Bos Susu, memang tidak perlu terlalu ‘try hard’ untuk mempromosikan produknya. Apa yang penting, bersikap profesional dan secara tidak langsung membawa imej yang baik terhadap jenamanya.

Norizan binti bakar
December 26, 2019 at 3:48 pm
Penaja Utama ni mmg saya puji kerana pendekatan konsi rezeki itulah yang menarik sambil mempromosikan produk. Saya sendiri tertarik dgn gaya pemasaran begini dan akhirnya telah beralih kpd susu FarmFresh utk minuman seharian.
Bagus
December 25, 2019 at 6:47 pm
Boss susu promote susu Farm Fresh mmg terbaik!!! Suka cara marketing berilmu mcm ni..mmg pilih susu Farm Fresh je..
Kamal Bahrin
December 24, 2019 at 8:15 pm
Terbaek Boss Susu harap next GV Farm Fresh jadi penaja lagi.
Kita pun kalau nak beli susu beli la susu Farm Fresh, ini baru susu segar!!!!….