Sebut sahaja nama pelakon Izara Aishah tentu sekali semua mengenali beliau bukan? Izara merupakan seorang aktres yang berbakat bersar dalam bidang lakonan dan mempunyai wajah yang cantik juga.
Terbaru, Izara menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa apabila tidak diterima berlakon gara-gara beliau tidak begitu aktif di media sosial. Izara juga terkilan kerana bakat tidak lagi penting sebagai seorang pelakon.
Status tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang turut memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada Izara.
Tidak dinafikan jumlah followers seseorang artis itu kini menjadi syarat utama untuk mereka menerima tawaran berlakon ataupun nyanyian. Iyalah, pada masa yang pihak penerbit mahu artis turut mempromosikan drama serta filem mereka. Walaubagaimanapun, bakat seseorang itu dalam berlakon juga penting agar sesebuah karya itu lebih berkualiti.