“Tidak Digalakkan..” Suka Guna ‘Spray Gun’? Ini Penjelasan Dr. Izzar

Hiburan

“Tidak Digalakkan..” Suka Guna ‘Spray Gun’? Ini Penjelasan Dr. Izzar

Penularan wabak COVID-19 menyaksikan pelbagai produk dijual bertujuan untuk mengekang virus itu daripada terus merebak.

Antaranya produk seperti cecair pembasmi kuman, pelitup muka, sarung tangan, spray gun dan sebagainya.

Advertisement

Ummi Nazeera
1 year lalu

"Ini 3 Benda Wajib Ada Di Rumah.." Dr. Izzar Suruh 'Standby' Barang Ini Jika Kuarantin Di Rumah

Meskipun begitu, suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari tampil memberi pesanan kepada orang ramai agar lebih memahami risiko penggunaan spray gun itu sebelum menggunakannya.

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Ujar Dr. Izzar, terdapat pelbagai jenis alat spray gun di mana ia berfungsi dengan menukar ‘chemical disinfection’ ke bentuk aerosol.

Sebenarnya ada banyak jenis alat spray ini iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar chemical disinfection itu ke bentuk aerosol lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan itu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ini boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita.

Tambahnya lagi, penggunaan penyembur oleh orang awam haruslah digunakan dengan sangat berhati-hati dan risikonya lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak bermain.

Jelas Dr. Izzar, sudah memadai jika mencuci permukaan dengan sabun atau detergen dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.

“Jadi bagi saya untuk penggunaan rumah, tak perlu spray gun. Kalau nak guna lecehlah bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah.” tulisnya lagi dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sekadar info, Dr Sashini Seeni menerusi kenyataan di Forum Kesihatan Malaysia (Doctor On Call) berkata tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan penyembur Nano Mist yang semakin tular dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Anda boleh melihat kenyataan tersebut di bawah.

Dr Shashini Nano MistSumber : Astro Gempak  

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anon

    September 10, 2021 at 12:16 pm

    Informasi yg bagus. First time baca ada info.

  2. Sotheby's

    September 10, 2021 at 11:26 am

    dr izzar, saya x suka bni awak, muka masam sngt. x cantik.. itu je..

Loading...