Tidak Dapat Menyanyi Dengan Baik : Liza Hanim Nafi Ada Gangguan Mistik Di GV 2017

Hiburan

Tidak Dapat Menyanyi Dengan Baik : Liza Hanim Nafi Ada Gangguan Mistik Di GV 2017

Tidak memberikan persembahan serta nyanyian yang baik sepanjang dua minggu berturut-turut di pentas Gegar Vaganza 2017, penyanyi Liza Hanim menafikan dakwaan kononnya beliau mengalami gangguan mistik.

Advertisement

Saya sendiri yang serabut barangkali dan saya terima kesilapan diri sendiri pada minggu lepas. Ini pertandingan, ada masanya emosi dan perasaan gementar itu boleh mempengaruhi semua perkara termasuk persembahan. Bagi saya tidak ada gangguan daripada segi mistik atau seumpamanya pun. Kalau terlalu memikirkan perkara itu nanti datang stress lain pula.

Bagaimanapun, Liza akui beliau sering beribadah dan banyak berdoa agar dilindungi dan mendapatkan ketenangan serta dijauhkan daripada sebarang gangguan.

Saya melakukan amalan dan ibadah wajib seperti biasa. Kalau perlukan ketenangan, saya panjatkan doa dan mohon dijauhkan daripada gangguan atau tekanan. Mungkin ada sebab saya tidak dapat melakukan yang terbaik pada dua minggu lepas.

Makhlus halus itu wujud begitu juga dengan manusia yang penuh dengan hasad dengki, tetapi tidak semestinya setiap kegagalan ataupun prestasi yang merundum ada kena mengena dengan gangguan mistik.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : theshahrulizzat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...