Tidak Dapat Kerjasama MAS Punca Hanez Suraya Teruskan Saman

Hiburan

Tidak Dapat Kerjasama MAS Punca Hanez Suraya Teruskan Saman

Susulan tindakan Hanez Suraya menyaman MAS atas penyebaran gambar tiket penerbangannya bersama Romie beberapa bulan lalu, banyak pihak yang memberi kritikan negatif kepada pelakon ini. Ada yang melabelkan Hanez sebagai selebriti yang suka menyaman tanpa berfikir panjang. Namun rupa-rupanya ada cerita di sebalik tindakan yang diambil oleh Hanez ini.
hanez saman MASMenurut Hanez, dia telah memohon kerjasama MAS untuk berbincang mengenai penyebaran gambar tiket tersebut namun tiada reaksi yang diberikan oleh syarikat penerbangan itu selama sebulan. Kata Hanez menerusi portal GUA:-

“Ada pihak yang kata saya mahu terus-terusan saman. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, pihak saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak mereka selepas gambar tiket itu tersebar dan perkara itu berlangsung selama sebulan.

Malangnya, saya tidak mendapat kerjasama. Jadi saya teruskan dengan tindakan saman. Justeru itu, kepada mereka yang memberi pendapat negatif begitu, diharap dapat membaca dahulu cerita yang dipaparkan sebelum ini sepenuhnya. Jangan baca tajuk sahaja lalu melemparkan tohmahan kepada saya.

Mengenai malu, saya tidak mahu komen. Saya enggan panjangkan isu. Saya mahu berdiam diri. Pedulikan sahaja kerana selepas ini orang akan penat dan diam.

Advertisement

hanez saman MAS

Diharap dengan penjelasan ini, tak akan ada lagi kritikan yang diberikan kepada Hanez Suraya. Kesian juga Abang Nara kat Hanez. Semua benda yang dibuat nampak salah di mata orang lain. Tak apalah Hanez. Bersabarlah. Ini semua dugaan hidup. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...