November 22nd, 2016

Gagal mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida pada malam konsert Gegar Vaganza Ahad lalu, penyanyi Elly Mazlein berharap peminatnya tidak terlalu kecewa.

Elly mengulas mengenai isu imuniti tersebut apabila peminatnya tidak berputus asa mahu mengundi namanya di laman sosial Gegar Vaganza dan Facebook milik Datuk Seri Vida  agar Elly dimasukkan semula dalam pertandingan itu.

Sudah pasti ada hati yang kecewa dengan keputusan itu, walau macam mana pun rezeki itu Allah yang menentukan, buat macam mana pun kalau ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kitalah.

Setiap keputusan atau apa yang berlaku ada hikmahnya, kita doakan yang baik-baik sahaja dan teruskan kehidupan ini. Kepada peminat saya, janganlah terlalu kecewa, biar usaha dan kalah daripada kita tidak berusaha dan kalah.

Pada masa yang sama, Elly mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong beliau.

Buat peminat saya, terima kasih atas jasa baik anda semua yang tidak pernah putus asa dan banyak berusaha demi saya.

Bak kata Elly, sudah tiada rezeki untuk beliau kembali ke program berkenaan. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.  Lagipun, rezeki Elly diluar sana semakin murah bukan?

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...