Rezeki mencurah-curah buat Neelofa memandangkan dia menerima pelbagai tawaran kerja selepas baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu bersama PU Riz.
Terbaru, selebriti popular itu turut dinamakan sebagai salah seorang 14 tokoh wanita Kelantan yang mendapat anugerah khas sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 anjuran kerajaan negeri.
Pun begitu, Neelofa yang khabarnya berada di Pulau Langkawi kini atas urusan kerja tidak dapat hadir bagi menerima pengiktirafan tersebut. Malah tiada ahli keluaraga ataupun wakil yang hadir bagi menerima anugerah itu bagi pihaknya.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan anda, Neelofa menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau influencer.
Dalam pada itu, pihak penganjur menjelaskan bahawa selebriti itu tidak dapat hadir ke majlis tersebut bahkan tidak menerima sebarang respons apabila diminta untuk menamakan wakil yang akan mengambil anugerah itu bagi pihaknya sehingga majlis tamat.
Apabila perkara tersebut ditanya kepada Shawn Amer iaitu pengurus Neelofa, dia menjawab bahawa tidak pasti mengenai jemputan ke majlis itu.
Selain itu, lelaki tersebut menanyakan sebab wartawan meminta penjelasan daripada pihak selebriti tersebut selain melaporkan mengenai ketiadaannya pada malam tersebut.
“Orang dah maklum tak dapat hadir, jadi? Why so important? Untuk memanaskan keadaan ke?”
Tahniah buat Neelofa meskipun tidak dapat hadir menerima sendiri pengiktiran tersebut.