Tidak Cukup Dengan Topeng Muka, Rakyat China Gunakan Botol Plastik Mineral Untuk Lindungi Diri Dari Wabak Wuhan

Trending

Tidak Cukup Dengan Topeng Muka, Rakyat China Gunakan Botol Plastik Mineral Untuk Lindungi Diri Dari Wabak Wuhan

Wabak coronavirus dari Wuhan, China sudah diumumkan sebagai situasi kecemasan oleh World Health Organization (WHO). Setakat ini sahaja, sebanyak 213 kematian telah direkodkan manakala 9,171 kes disahkan di seluruh dunia. Malaysia mencatatkan tujuh kes di mana semuanya adalah warganegara China.

Baca: WHO Isytihar Wabak Wuhan Coronavirus Situasi Kecemasan Antarabangsa, Cadang Langkah Halang Penyebaran Wabak

Advertisement

Pelbagai langkah diambil dalam membendung penularan wabak ini antaranya menggalakkan orang ramai memakai topeng muka di tempat awam. Selain topeng muka, rakyat China mengambil inisiatif lain dengan menggunakan botol plastik mineral sebagai langkah tambahan untuk lindungi diri.


Langkah keselamatan

Selain daripada penggunaan botol plastik mineral, ada juga yang menggunakan plastik untuk membalut muka dan badan daripada turut dijangkiti wabak itu. Walaupun ianya nampak lucu, tetapi keadaan yang semakin serius ini mendorong orang ramai mencuba pelbagai cara dalam melindungi keluarga mereka dari dijangkiti wabak itu.

Ada juga yang mengatakan penggunaan botol mineral dan plastik ini terpaksa digunakan susulan bekalan topeng muka yang semakin berkurangan terutamanya di Wuhan. Selain China, beberapa negara lain juga turut mengalami kekurangan bekalan topeng muka disebabkan permintaan yang terlalu tinggi.

Wabak coronavirus mula tercetus di Wuhan apabila sebuah pasar basah ditutup selepas penjual dan pengunjung di sana mula jatuh sakit. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...