Tidak Bersenam Ialah Dua Kali Ganda Lebih Membawa Maut Berbanding Obesiti – Kajian Universiti Cambridge

Trending

Tidak Bersenam Ialah Dua Kali Ganda Lebih Membawa Maut Berbanding Obesiti – Kajian Universiti Cambridge

Kurang bersenam ialah dua kali ganda lebih berbahaya dari obesiti, dan apa yang diperlukan ialah berjalan kaki selama 20 minit sehari untuk mengelakkan dari mati awal, lapor Universiti Cambridge.

Para pengkaji menganggarkan 337, 000 dari 9.2 juta kematian di kalangan lelaki dan wanita Eropah setiap tahun ialah disebabkan obesiti tetapi dua kali ganda kematian ini mungkin disebabkan tidak aktif secara fizikal. Mereka mendapati walaupun sedikit senaman seperti berjalan kaki selama 20 minit sehari yang membakar 100 kalori boleh mendatangkan impak yang besar dalam mengurangkan risiko kematian pra-matang.

Advertisement

Kajian-kajian terdahulu mendapati tidak melakukan aktiviti fizikal adalah terkait dengan penyakit jantung dan kanser.

Menjalankan gaya hidup aktif mengurangkan risiko kematian sebanyak 7.35 peratus dalam tempoh kajian dijalankan berbanding dengan mereka yang memiliki indeks jisim tubuh (BMI) di bawah tahap obesiti yang mengurangkan kadar kematian hanya pada 3.66 peratus. Kata Profesor Ulf Ekelund, dari Majlis Kajian Perubatan (MRC), Unit Epidemiologi di Universiti Cambridge:

Mesej ini mudah: hanya sedikit aktiviti fizikal setiap hari boleh mendatangkan faedah kesihatan yang besar kepada mereka yang tidak aktif secara fizikal.

Walaupun kami mendapati hanya 20 minit pun boleh memberi faedah, kita sepatutnya melakukan lebih dari ini–aktiviti fizikal yang aktif telah terbukti mendatangkan banyak faedah kesihatan dan sepatutnya menjadi sesuatu yang penting dalam hidup kita semua.

Peserta kajian, yang mempunyai umur purata 50 tahun dijalankan di 10 negara Eropah, termasuk UK.

Tinggi, berat dan saiz pinggang mereka direkodkan serta penilaian peserta sendiri terhadap keaktifan secara fizikal.

Bawah seperempat (22.7 peratus) dikategorikan sebagai tidak aktif, bekerja dalam bidang yang kurang memerlukan pergerakan dan tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti rekreasi.

Ia menunjukkan golongan yang aktif secara fizikal kurang kebarangkalian untuk mati awal apabila dibandingkan dengan kumpulan yang aktif secara sederhana dan kumpulan yang langsung tidak aktif.

Melalui data awam yang dapat diakses, pengkaji mengira bahawa 337, 000 dari 9.2 juta kematian yang berlaku di Eropah pada 2008 mungkin boleh dikaitkan dengan obesiti.

Tetapi tidak aktif secara fizikal didapati berkemungkinan telah menyebabkan kematian kepada dua kali ganda angka tersebut, iaitu 676, 000 kematian.

Profesor Nick Wareham, pengarah Unit Epiemiologi di MRC berkata:

Membantu orang ramai mengurangkan berat badan memang sesuatu yang mencabar, dan walaupun kita harus terus mencuba untuk mengurangkan kadar obesiti satu populasi, kita juga patut fokus untuk meningkatkan kesedaran orang awam bagi mengamalkan gaya hidup aktif.

Hasil kajian dengan jelas menunjukkan bahawa bersenam ialah cara terbaik untuk mengelakkan mati awal.

Sumber: Telegraph

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...