Tidak Berputus Asa Walaupun Kehilangan Pekerjaan – “Survival” Seorang Pramugari

COVID-19

Tidak Berputus Asa Walaupun Kehilangan Pekerjaan – “Survival” Seorang Pramugari

Tiada apa yang mampu mengubah situasi yang kini dihadapi oleh rakyat Malaysia; ramai yang telah hilang pekerjaan, sumber pendapatan amatlah terjejas, dan pelbagai lagi musibah yang melanda akibat COVID-19 ini. Namun, disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Ini terbukti dengan sebuah status/posting yang dimuat naik oleh Khairul Ezuwan di laman Facebook beliau

Nazira Azenan tidak terkecuali dari mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

sumber – Facebook Nazira Azenan

Pendamik Covid-19 memang memberi impak yang sangat besar dalam banyak industri . Antara industri yang paling terkesan besar adalah industri Penerbangan .

Advertisement

Berbalik pada kisah ni . Semalam saya buat Ceramic Coating kereta wife , tempat ni dicadangkan oleh 2 orang kawan saya yang dah buat sebelum ni . Mereka kata service tu sangat murah berbanding market luar dan finishing yg kemas dan puas hati

sumber – Facebook Nazira Azenan

Saya pon setuju nak hantar juga la semalam . Mereka siap bagi service ambil kereta di office lagi. Yang datang nak ambil kereta saya ni seorang lelaki & Wanita , mereka suami Isteri , saya jemput mereka ke office sekejap nak temuramah mereka.

sumber – Facebook Nazira Azenan

Isteri pun sanggup turun padang, memang hebat!


Nazera yang kehilangan pekerjaan sebagai pramugari sebenarnya seorang graduan dari UITM jurusan Pengurusan Hotel. Sebelum jadi pramugari, beliau bekerja sebagai Duty Manager di sebuah Hotel.

sumber – Facebook Nazira Azenan

Bila kehilangan kerjaya bila pendamik ni melanda, mula-mula dia rasa blur tak tahu nak buat apa . Tapi dia kuatkan juga diri untuk teruskan kehidupan, sebab kalau tak lakukan sesuatu mengharapkan saving yang ada, saving tu juga akan terkikis.


Masa mula-mula PKP Benda pertama yang dia buat adalah masak begedil dan laksa dan si suami jadi tukang buat penghantaran naik motor. Masa ni lah bermula hard survival mereka .

Memang hebat, siapa sangka khidmat detailing kereta dari rumah ke rumah oleh pasangan yang telah lama berkhidmat dalam industri penerbangan ini mampu membuka cawangan terbaru di Ipoh kelak

Menurut Khairul Ezuwan, pemilik asal posting berkenaan, beliau telah menggunakan khidmat 3 Layer USA Ceramic Coating yang hanya berharga RM299. Mana nak dapat harga murah macam tu?

Pada pendapat penulis, dengan kisah yang dikongsikan ini, semoga ia dapat menjadi inspirasi buat mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang bukan sahaja melanda negara tetapi di seluruh dunia. Insyallah, dalam setiap dugaan, pasti ada hikmah disebaliknya.

Sumber : Facebook

Sumber : Facebook Nazera Adenan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...