Dah ikut step skin care yang betul, tapi masih lagi tak mampu nak baiki skin barrier? Dengan masalah hiperpigmentasi lagi. Stressnya!!
Korang tahu tak, sebenarnya masalah pigmentasi bukan sahaja terjadi akibat cahaya matahari tau. Ia juga boleh terjadi akibat cahaya biru yang dihasilkan dari peranti elektronik korang.
Seriuslah? Macam mana cahaya peranti boleh menjadi punca pigmentasi?
Peranti Elektronik Menjadi Punca Masalah Kulit
Iya, peranti elektronik boleh menjadi punca kepada masalah kulit.
Terutamanya, apabila setiap hari korang menghabiskan masa sehingga 8 jam di hadapan komputer untuk bekerja. Ditambah pula masa yang digunakan untuk menonton televisyen dan menggunakan telefon di rumah. Agak-agak sehari berapa lama sebenarnya wajah korang terdedah kepada cahaya biru ni?
Apabila wajah terdedah terlalu lama kepada cahaya biru maka ia memberi kesan kepada kulit dan menyebabkan masalah seperti kulit kering, kedutan di wajah, dan skin barrier yang lemah.
Tapi macam mana nak lawan cahaya biru yang dihasilkan dari peranti elektronik ni? Kalau nak kurangkan penggunaan peranti, susah la. Sekarang ni semua benda menggunakan teknologi. Lebih-lebih lagi untuk bekerja.
Jangan risau, kami ada penyelesaian untuk korang!.
Hada Labo Hydrating Snow Dew
Siapa tak kenal dengan jenama produk penjagaan wajah terkenal dari Jepun, Hada Labo.
Hada Labo Hydrating Snow Dew kini kembali dengan formulasi terbaru tau. Ia bukan sekadar pelembab, malah turut didatangkan dengan formula yang mampu melawan cahaya biru dan juga menguatkan penghalang kulit!
Formulasi Anti-Cahaya Biru, Anda Tidak Perlu Takut Lagi Nak Hadap Skrin Lebih Lama
Di pasaran, terdapat banyak krim pelembab yang mampu melembabkan dan melegakan kulit. Namun, masih belum ada pelembab yang mempunyai formula untuk melawan cahaya biru dari peranti elektronik.
Hada Labo Hydrating Snow Dew mengandungi ekstrak karotenoid yang merupakan antioksidan yang boleh membantu melindungi kulit daripada cahaya biru.
Ia juga dapat mengekalkan keanjalan dan menampilkan kulit yang lebih muda, dengan merawat dan menghalang kulit dari terdedah kepada cahaya biru untuk jangka waktu yang panjang.
2X Prebiotik Menguatkan Penghalang Kulit
Pernah tak korang terfikir, kenapa agaknya kulit muka boleh break out walaupun dah dicuci dengan baik?
Kebiasaannya, kulit yang berjerawat atau break out terjadi kerana penghalang kulit lemah ataupun rosak yang menyebabkan masalah kulit lebih senang terjadi.
Untuk pengetahuan, Hada Labo Hydrating Snow Dew didatangkan dengan formula 2X Prebiotik yang mampu menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma yang mempunyai manfaat sebagai pertahanan natural bagi kulit korang.
Kulit Lebih Lembut Dengan, 4HAs + Ceramide Untuk Melembabkan Secara Mendalam
Dengan gabungan empat jenis Hyaluronik Asid yang berbeza dan Ceramide, kandungan ini terbukti berkesan menghidratkan setiap lapisan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengukuhkan penghalang kulit secara semula jadi.
Formulasi ini menghalang kehilangan lembapan dan meningkatkan kapasiti pengekalan kelembapan kulit bagi memberikan penghidratan kulit yang maksimal dan membuatkan kulit wajah lebih awet muda.
Penyelesaian Terbaik Bagi Kulit Berminyak
Ada masalah kulit berminyak dan takut pelembap tak serasi?
Hada Labo Hydrating Snow Dew merupakan solusi untuk korang, kerana ia mengandungi sarcosine ultra-mikro dan mikrosfera yang untuk mengawal minyak. Ia juga berfungsi untuk mengecilkan liang pori dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada kulit.
Dengan Hydrating Snow Dew korang tidak perlu risau lagi dengan kulit berminyak kerana pelembap ini mampu membuatkan kulit terasa lebih matte dan sekata sepanjang pemakaian.
Macam ni barulah lagi best nak buat aktiviti, tak perlu risau kulit muka terlampau berminyak!
Bebas Pigmentasi Dan Kulit Berminyak Dengan Hada Labo Hydrating Snow Dew
Lindungi wajah daripada cahaya biru dengan Hada Labo Hydrating Snow Dew.
Dapatkannya di farmasi berdekatan sekarang. Untuk info lebih lanjut tentang mengenai Hada Labo Hydrating Snow Dew layari laman web rasmi Hada Labo atau ikuti media sosial mereka di Facebook.