Kecoh berita mengenai seorang kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi dibuli dan didera oleh penuntut senior.
Kadet UPNM dibuli sama seperti arwah Zulfarhan?
Susulan itu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan siasatan atas kes tersebut.
Hal yang membuatkan orang ramai rasa terkejut selepas mendapati kes buli ini menyerupai kes Zulfarhan yang berlaku pada tahun 2017.
Semalam, ATM mengesahkan pelajar kadet yang dibuli oleh seniornya itu dibuli dengan cara seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular di platform media sosial.
What the fuck @MINDEFMalaysia ? Apa kejadah korang duk mengajar kat ALK? TEKAP SETERIKA TAK TOLONG MENANG PERANG SETAN!!! pic.twitter.com/jZkfrbPiLw
— هراء عسكري ذو مصداقية (@13Mr_Mayhem) October 30, 2024
ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan kes berkenaan.
Tindakan disiplin keras bakal diambil
Bahkan, ATM akan mengambil tindakan disiplin keras, mahupun tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat.
Dalam pada masa yang sama, masyarakat turut dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan.
Sekadar info, perbuatan buli ini difahamkan terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas pada ketika itu selepas menyedari ada kesan luka di bahagian badan mangsa.