Tidak Akan Berlakon Dengan Sophia AlBarakbah Lagi, Netizen Puji Aliff Aziz Akui Khilaf Sendiri – “Dia Dah Banyak Berubah…”

Hiburan

Tidak Akan Berlakon Dengan Sophia AlBarakbah Lagi, Netizen Puji Aliff Aziz Akui Khilaf Sendiri – “Dia Dah Banyak Berubah…”

Kontroversi membabitkan Bella Astillah, Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah menjadi bualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Apatah lagi, Bella sendiri telah memuat naik tangkap layar antara perbualannya dengan Sophia menerusi hantaran di Instagram.

Advertisement

Jelasnya, perbualan yang dimuat naik itu hanya 10 peratus daripada keseluruhan dan dia bertindak sebegitu kerana dituduh menipu dan memfitnah aktres berusia 29 tahun itu.

Sophia Bella
2 years ago

"Jangan Bagitahu Parents I, I Merayu.." - Berang Dituduh Penipu, Bella Astillah Dedah Mesej WhatsApp Sophia AlBarakbah

Ketika ditemu ramah wartawan sewaktu sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Aliff Aziz menegaskan bahawa isterinya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.

Bukan itu sahaja, penyanyi berasal dari Singapura itu juga mengakui apa yang berlaku ini berpunca daripada kekhilafan dirinya sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan.

Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.”

@kopiplanet

Aliff Aziz akur permintaan isteri, tidak akan berlakon lg dgn Sophia Albarakbah… #fyp #foryourpage #foryoupage #artis #malaysia #aliffaziz #sophiaalbarakbah

? original sound – KopiPlanet.com – KopiPlanet.com

Jelasnya lagi, ia juga mungkin kerana mereka terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama gara-gara tiada sesi bacaan skrip dilakukan.

Berharap ia tidak berlarutan, Aliff berkata dia akur dengan syarat untuk tidak bergandingan dengan Sophia lagi selepas ini demi menghormati isterinya.

Dalam pada itu, ramai netizen memuji bapa kepada dua cahaya mata tersebut kerana berani berdepan dengan media dan lebih matang ketika menjawab soalan berbanding dengan dirinya dahulu.

Mereka juga turut memujinya kerana mengaku kekhilafan diri sendiri dan berlapang dada untuk belajar daripada kesilapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...