Baru-baru ini, tular satu info mengenai 9 pekerjaan santai yang meraih gaji tinggi yang dikeluarkan oleh sebuah platform yang sering kongsi hal-hal pekerjaan atau karier
Melalui infografik tersebut, dapat dilihat di tangga pertama adalah YouTuber, di mana syarikat tersebut mendakwa ia boleh meraih hingga RM360,000 sebulan secara purata.
Info yang dikongsikan itu bukan saja raih perhatian daripada kalangan netizen, malah YouTuber masakan dikenali ramai iaitu Che Nom turut tampil meninggalkan responnya.
Menurut Che Nom, hanya 0.01 peratus saja YouTuber yang boleh capai pendapatan seperti itu, di mana mereka perlu memuat naik 7 video seminggu dan purata tontonan tiga ratus ribu bagi setiap video.
View this post on Instagram
Malah, wanita yang memiliki 1.85 juta subscriber di YouTube itu turut berkata purata pendapatan bagi YouTuber sebenarnya di bawah paras kemiskinan.
Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata bukan mudah untuk menjadi seorang YouTuber kerana satu video mengambil masa 3 hingga 4 hari bagi penghasilannya. Dari membuat research resepi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render dan muat naik di platform YouTube.
Kalau buat sendiri memang susah. Semua ini kos. Hidup tidak ada life, Sabtu dan Ahad kalau tak kerja video memang tidak akan siap.
Che Nom kongsikan juga bahawa pendapatan sebagai blogger turun mendadak sejak tahun ini dan laman Resepi Che Nom hanya dapat raih RM2500, di mana dia dakwa tidak lepas untuk bayar kos server serta admin.
Akhir kata, wanita terbabit sempat menasihati orang ramai untuk berfikir masak-masak jika mahu menjadi YouTuber kerana peluang hendak berjaya sangat tipis.