December 30th, 2019

Sudah tiga minggu ditayangkan, drama Kampung People yang dibintangi barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah, telah mencuri perhatian netizen.

kampung people

Dengan genre komedi dan kekeluargaan, setiap episod drama tersebut berjaya memikat hati ramai sehingga ‘trending’ di media sosial.

Tidak dinafikan, sebelum ini penonton sudah bosan apabila disajikan dengan drama kisah cinta klise. Terpaksa kahwin dengan pilihan ibu bapa dan sebagainya. Namun, jalan cerita Kampung People cukup berbeza sekali.

drama kampung people

Malah, setiap pelakon berjaya menghidupkan watak mereka dengan begitu baik dan setiap babak kelakar tampak begitu bersahaja, tidak dibuat-buat.

Jalan cerita ‘best’

netizen terhibur kampung people

kampung people

kampung people

kampung people

Rata-rata netizen memuji bahawa Kampung People, telah berjaya membawa situasi sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita menjadi sebuah naskhah yang cukup menarik. Drama yang sangat lucu dan realistik.

Lega tiada lagi drama cinta klise

kampung people

drama kampung people

Untuk pengetahuan anda, drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin manakala skripnya pula ditulis oleh Wan Hasliza sendiri bersama Baizura Kahar dan Keen. Wan Hasliza sebelum ini, pernah mengarahkan drama bersiri popular Dunia Baru dan Keluarga Iskandar.

kampung peopleTahniah kami ucapkan kepada pengarah, penulis skrip dan pelakon drama Kampung People yang menghasilkan sebuah karya yang berjaya menawan hati penonton. Meskipun penuh dengan jenaka masuk air, tetap ada mesej yang hendak disampaikan mengenai kisah masyarakat kita. Memberikan impak yang positif serta berguna kepada penonton.


10 responses to “Tidak Ada Kisah Cinta Klise, Drama Kampung People Buat Netizen Terhibur”

  1. Anonymous says:

    drama bodoh. tergedik2 terkinja cmni pun boleh ckp best ke. x faham btol. xde taste kot

  2. hihuha says:

    nk condemn je….better ko xyah cakap kat sini….org dh muak dengan cerita2 sampah cintan cintun projek juta2….spesis mcm ko ni la yg buat spoil tau x….bkn smua org ada netflix mengong!

  3. Baby drama says:

    Best gila citer ni,lina pom pom paling best! Anak dia laila tu punnnn, could never think of anyone else yang can do a better acting then these two!!!! Org2 kampung yang ramai2 ajak makan tu pun lawak…bukan lawak bodo cam zizan or nabil asyik pekena orang je..

  4. 230946-H says:

    suka giler cita ni

  5. kakikucinghitam says:

    fyi drama ni ciplak drama ozark dan breaking bad from netflix. so pls enjoy the drama but dont compliment the idea

Loading...