Melalui laporan Sinar Harian,Sinar Harian, peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina menafikan wujudnya penglibatan ahli politik atau individu-individu berpangkat tinggi (VVIP) dalam kes kematian ini.
Menurut peguam, Shahlan Jufri, sehinggi kini pihaknya hanya bercakap berdasarkan fakta dan bukti yang ada, malah tidak pernah mengaitkan mana-mana ahli politik dalam kes melibatkan remaja 13 tahun ini.
Kami tidak akan sorok kerana kami mewakili ahli keluarga dan kepentingan ahli keluarga itu penting. Kalau ada, memang kami akan beritahu sebagaimana dalam kenyataan media kami dari awal.
Sekadar info, kes kematian Zara Qairina mula menjadi perhatian ramai selepas pihak berkuasa gagal menemukan pelaku-pelaku sedangkan ia berlaku di dalam kawasan sekolah dan ramai mula berasa berang selepas tular dakwaan mengatakan pelaku-pelaku yang terlibat merupakan anak VVIP.