Seorang aktres popular dikatakan kekwat dan tidak memberikan layanan yang baik terhadap kelab peminatnya sendiri.
Menurut sumber, aktres tersebut telah merancang untuk mengadakan satu sesi Meet & Greet bersama peminatnya dan maklumat tentang acara tersebut telah pun diuar-uarkan di media sosial termasuklah tarikh.
Dia canang dalam IG, bagi green light pada fan club (FC) untuk kongsikan tarikh. Ramai peminat dari luar negara beli tiket bas dan flight.
Namun entah kenapa, secara tiba-tiba admin FC aktres itu mengumumkan bahawa acara berkenaan telah ditunda dan sudah tentu ramai peminat yang telah membeli tiket bas dan penerbangan berasa kecewa.
Bagaimanapun, dakwa sumber ini pelakon wanita berkenaan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan apabila ditanya mengapa acara itu ditunda, pembantu peribadinya hanya menjawab aktres terbabit perlukan rehat yang mencukupi.
Peminat diminta pula untuk batalkan atau tukar tarikh flight sendiri. PA dia pun sama, lebih sudu dari kuah. Alasan mereka? ‘S*** kena cukup rehat.’
Bukan ke perkara tu sepatutnya difikirkan sebelum cadang satu dunia tentang Meet & Greet?
Peminat berasa kecewa kerana sehingga kini tiada kenyataan daripaada pihak pelakon itu mahu pun permohonan maaf kepada mereka.
Sebaliknya, pihak FC pula yang memohon maaf meskipun mereka langsung tidak terlibat dalam perancangan acara berkenaan.
Tiada live, tiada caption, tiada voice note. PA kata S*** tidak mahu digganggu kerana sedang bercuti.
Kita semua sayang artis tapi bila peminat mula rasa tidak penting, ini bukan fandom, ini eksploitasi emosi. Rasanya dah boleh boikot kot artis artis diva macam ni.