Tiba-Tiba Rumah Berbau Minyak Atar, Surirumah Nyaris Dipukau Wanita Berpurdah

Trending

Tiba-Tiba Rumah Berbau Minyak Atar, Surirumah Nyaris Dipukau Wanita Berpurdah

Seorang wanita mendakwa dia dan ibunya hampir-hampir menjadi mangsa pukau dalam kejadian Khamis lalu di rumah ibunya di Batu Hitam, Beserah, Kuantan.

Advertisement

Mangsa memberitahu bahawa seorang wanita yang tidak dikenali telah muncul di depan pintu rumahnya tanpa memberi salam dan bertanyakan soalan pelik yang bertujuan mahu memukau mereka.

Baca pendedahan dari Erni dan diharapkan anda semua lebih berwaspada selepas ini.

Baru petang semalam (24 November 2016) saya dan keluarga nyaris dipukau oleh seorang wanita berpurdah. Dia tiba-tiba muncul di depan gril dan bertanya,

“Dalam rumah ini, ada kayu jati tak?”

Saya terus mencari mak di dapur dan minta tolong dia untuk tutupkan pintu. Anak-anak tidur di ruang tamu pada ketika itu dengan grill tak berkunci sebab adik keluar, bila masa entah.

Mujur wanita itu tak cuba buka, kalau tak saya pun tak boleh fikir apa yang bakal terjadi. Saya bimbang mereka sasar anak-anak kecil. Kalau duit hilang, duit boleh dicari. Syukur Allah melindungi kami.

KEPALA KHAYAL, TERASA NAK BUKA PINTU

Mak dan adik-adik khayal. Bila saya jerkah, baru mereka tersedar. Saya juga cuba kuatkan diri sebab kepala lebih bimbangkan anak tetapi tak mampu pergi ke pintu sebab saya takut dia dah jampi saya sebab saya yang berada di ruang tamu pada ketika dia datang.

Kepala saya kejap-kejap nak buka saja pintu itu tetapi Allah maha besar, saya kuatkan semangat tak pergi dekat. Mak yang tutupkan pintu. Lama dia berdiri di pintu rumah kami. Makin lama, makin kuat bau minyak atar. Satu rumah berbau seperti disimbah dengan minyak atar. Mulut dia terkumat kami membaca sesuatu.

JIRAN NAMPAK TETAPI KAMI TAK MAMPU NAK MENJERIT

Sementara itu, ada seorang lelaki yang menunggunya di dalam kereta dengan enjin hidup. Jenis kereta kurang pasti tetapi berwarna merah lusuh dengan nombor pendaftaran DAF3**8 telah kami serahkan kepada polis untuk siasatan.

Pada hari kejadian ketika saya tinggal sementara waktu di rumah mak, kebetulan pula suami kerja di luar kawasan dan ayah pun kerja.

Saya dah minta tolong abang ipar untuk buat laporan polis. Malah ketika kejadian itu berlaku, jiran di depan rumah turut melihat apa yang berlaku. Namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka wanita itu adalah kenalan kami. Yang peliknya, kami tidak mampu nak menjerit pada waktu itu.

MANGSA SEBELUM KAMI RUGI RM6,000 AKIBAT DIPUKAU

Walau apa pun niat dia, saya sudah tidak mampu bersangka baik. Apa tujuan datang ke rumah orang tanya tentang kayu jati? Kenapa tiba-tiba rumah berbau minyak atar sehingga membuatkan kami serumah khayal? Kenapa sanggup berdiri lama di depan pintu rumah? kenapa waktu kami tak buka grill, dengar suara wanita itu membaca sesuatu? Kenapa selepas mereka pergi, barulah bau itu hilang?

Tak mungkin kami semua berimaginasi. Besarnya kuasa Allah membantu kami, menyedarkan kami. Rupa-rupanya sudah ada yang terkena sebelum pasangan ini datang pada kami di Batu 6. Mangsa kerugian sebanyak RM6,000. Modus operandi juga sama, datang ke rumah orang dan tanya tentang kayu jati. berselindung di sebalik purdah agar mangsa tidak dapat mengecam wajah mereka.

Orang seperti inilah yang mencemarkan persepsi masyarakat pada golongan berpurdah kerana Allah.

Berhati-hati kalau ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah tanpa memberi salam dan bertanyakan soalan pelik. Jangan mendekati mereka dan lebih baik jangan bersentuhan dengan mereka kerana sentuhan itu akan memudahkan kerja mereka memukau mangsa. Selain itu, usah pandang tepat ke arah mata mereka dan sentiasa memastikan pintu atau grill rumah terkunci.

Sumber : Erni Choiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...