“Tiba-Tiba Rasa Kena Pukau”, Wanita Ini Curi Gelang Emas Mak Cik Penjual Nasi Lemak

Kehidupan

“Tiba-Tiba Rasa Kena Pukau”, Wanita Ini Curi Gelang Emas Mak Cik Penjual Nasi Lemak

Sekarang ini ada macam-macam taktik yang dilakukan oleh penjenayah untuk melakukan kerja kotor mereka. Ada yang gunakan kekerasan dan ada juga yang sanggup menggunakan ilmu yang tak sepatutnya.

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah seorang mak cik berumur 63 tahun yang dipukau salah seorang ‘pelanggan’. Tak pasal-pasal, habis gelang emas dibawa larinya.

Advertisement

Kononnya nak tempah nasi lemak

Sampainya hati tipu mak aku yg dah tua yang tak berdosa dgn kau, ambil gelang emas mak aku, KONON nak order nasi lemak utk esok.

Dia datang kedai nasi lemak mak depan Palm Mall, berbual baik sangat dengan mak ayah aku konon nak order nasi lemak untuk esok, cerita panjang lebar cakap ayahnya polis paku satu lah, mak nya pula pakar bedah dekat hospital KPJ seremban.

Dia siap bercerita dia nak kahwin, pihak lelaki dah siap siap bagi duit hantaran kahwin dan sebagainya, nak beli gelang emas batal air sembahyang dekat Kuala Pilah. Konon tanya mak aku ada balik kampung ke tak since dia tanya mak aku gelang beli mana semua.

Nak jumpa bagi duit nasi lemak

After that, mak ayah dah siap siap kemas barang niaga nak balik, that girl call my mom 10.04am cakap “makcik, nak balik singgah palm mall ya, ambil duit nasi lemak untuk esok ni” mak pun singgah lah palm mall jumpa dia dekat pintu main entrance bawah tu.

Since ayah tunggu dalam kereta, mak pun turun dengan anak buah jumpa perempuan tu, sambung borak deal pasal order esok, dia tengok gelang mak dia cakap dia berkenan sangat dengan gelang emas mak, nak minta tolong cleaner belikan sebab katanya cleaner tu nak ke Kuala Pilah.

“Dia pujuk rayu mak (macam pukau) then dia buka gelang emas mak konon sekejap je nak tunjuk dekat acik cleaner.”

Mak pun iyakan je then tunggu dia dekat 10 minit, dah tak sedap hati mak call nombor phone perempuan ni, dia angkat dia cakap kejap cik, saya on the way dah ni nak turun (kedai kat atas kan konon) mak pun tunggu lah lagi dan lagi.

Telefon tak angkat

Last last hilang lesap phone pun tak dapat call terus. Yes, dia ambil hati mak aku borak kaw kaw pukau mak aku buka gelang emas dia last last dia blah macam tu je. Tinggalkan makcik 63 tahun dekat mall bawah tu tunggu dia datang pulangkan balik haih.

Aku bukan nak viralkan benda ni sebab nak gelang tu balik, yes gelang tu berapa ribu lah sangat as long as nothing happen with my mom, but what if orang lain terkena juga? Please be aware with this girl. I will make police report soon.

“Mak aku umur dah 63 tahun kau nak tipu.”

wanita tua

Kredit:Twitter

Ada yang kongsikan maklumat tentang wanita itu. Nampaknya, ini bukanlah kali pertama dia melakukan kerja ini.

Laporan polis sudah dibuat dan khabarnya wanita tersebut telah pun ditahan oleh pihak berkuasa. Macam-macam taktik sekarang ni jadi kita semua perlu lebih berhati-hati. Dengan perkongsian ini, harap boleh dijadikan iktibar kepada orang ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...