“Tiba-Tiba Nampak Lembaga..” – Netizen Terjumpa Akaun Media Sosial Isteri Mangsa Bun*h Di Cherating, Hantaran Undang Sebak Ramai

Hiburan

“Tiba-Tiba Nampak Lembaga..” – Netizen Terjumpa Akaun Media Sosial Isteri Mangsa Bun*h Di Cherating, Hantaran Undang Sebak Ramai

Perkongsian lama di Threads milik isteri dalam kes tragis bunuh satu keluarga di Cherating, Pahang kembali tular dan mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Hantaran tersebut kini dikaitkan semula dengan insiden menyayat hati yang mengorbankan satu keluarga yang terdiri daripada isteri, ibu dan dua anak di mana dibunuh kejam oleh suami kepada wanita itu dalam kejadian di Pahang.

Advertisement

komen

Di ruangan komen media sosial, ramai meluahkan rasa sedih selepas meneliti kembali perkongsian terdahulu wanita berkenaan. Seorang pengguna, @syitaritory, turut berkongsi rasa pilu melihat interaksi mangsa di media sosial.

“Baca replies thread isteri mangsa bunuh kt Cherating, rasa sayu hati. Replies normal wanita, share itu ini. Komen cerita terpaksa jual cincin kahwin & tunang utk kelangsungan hidup. Kat FB ada share ttg daftar anak Tahun 1.”

“Ig mangsa & suami, nmpk normal. Tapi tula, kita tak tahu rumah tangga org. Nmpk ok, hakikatnya, suami isteri je tahu.”

“Pengurus jenazah share, semua maut kesan tikaman kt leher. Sii suami masa ditemui, dlm keadaan peluk anak bongsu di riba”

Terdahulu, media melaporkan terdapat satu kes bunuh melibatkan  satu keluarga di Cherating. Perkongsian demi perkongsian di media sosial suami dan isteri berkenaan kini menjadi tumpuan ramai, sekali gus mengingatkan bahawa tidak semua yang kelihatan normal di luar mencerminkan realiti sebenar dalam rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-13 12:34:47

Uncle Kentang Dedah Kebanyakan Pemberi Derma Adalah Golongan Miskin, Suri Rumah - "Kaya Tak Semestinya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...