Di sebalik kemeriahan dan kegembiraan peminat meraikan berita mengenai selebriti popular Neelofa dirisik pendakwah bebas, PU Riz, tiba-tiba saja nama bekas kekasih kepada bakal suami selebriti itu naik dan menjadi ‘trending’ di media sosial.
Nama Amal Syahmina yang difahamkan merupakan bekas kekasih kepada PU Riz telah menjadi tular di internet meskipun wanita itu tidak tampil memberikan sebarang komen rasmi mengenai berita merisik antara pasangan itu.
Rata-rata netizen meninggalkan komen di laman Twitter dan Instagram yang mendoakan supaya Amal terus tabah menjalani kehidupan dan menemui kebahagiaannya yang tersendiri.
Every woman who has perangai yang tak move on dengan ex yg dah kahwin ni should learn more from Pu Riz’s ex gf,Amal syahmina. She totally accepted the fate that they were not meant to be together. She moved on, started her new life,finding her own happiness. Thats it.
— Bell (@sabellmell) November 1, 2020
Amal sebelum ini pernah membuat satu kenyataan pada September lalu yang mendedahkan bahawa hubungannya dengan pendakwah itu terlerai setelah hadirnya orang ketiga.
“Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia adalah kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya. Meletakkan saya sebagai satu pilihan adalah satu hal yang tidak wajar. Apapun dia berhak memilih apa yang dia mahu dan saya hormat akan keputusannya. Saya tak pernah menyesal mengenalinya dan dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini.”
Walau bagaimanapun, Amal kini redha dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baru tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas peserta program Pencetus Ummah itu.
Bekas kekasih PU Riz itu tampil memuat naik kenyataan tersebut setelah menerima pelbagai kecaman susulan tindakannya mempertikaikan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah itu.
Namun, Amal dilihat telah memadam status kontroversi tersebut meskipun tidak pernah menyebut nama mana-mana pihak.