“Tiba-Tiba Je Keluar Asap Dan Api, Nasib Baik Adik Aku Sempat Baling”, Kes Telefon Pintar Meletup Berlaku Lagi

Trending

“Tiba-Tiba Je Keluar Asap Dan Api, Nasib Baik Adik Aku Sempat Baling”, Kes Telefon Pintar Meletup Berlaku Lagi

Kalau diikutkan kes telefon pintar meletup secara tiba-tiba memang selalu berlaku. Tetapi kebanyakan kes tersebut berlaku sama ada ketika ianya sedang dicas ataupun penggunaan telefon bimbit di kawasan larangan seperti di stesen minyak.

Namun lain pula kisahnya kali ini apabila seorang pengguna Twitter Wan Haikal menceritakan pengalaman yang berlaku kepada adiknya. Telefon bimbit milik adiknya itu dikatakan meletup dengan secara tiba-tiba.

Advertisement

Telefon bimbit tersebut secara tiba-tiba berasap sebelum mengeluarkan api. Tetapi nasib baik adiknya segera mencampakkan telefon tersebut jauh daripadanya.

Yang nasib baik nya, tak meletop masa kat dalam kocek.. meletop masa tengah pegang .. kalau tak hancur peha adik aku

telefon bimbit meletup
Ramai netizen yang membuat spekulasi sendiri mengenai punca kejadian. Tetapi beliau memaklumkan adiknya baru sahaja menukar bateri telefon terbabit dalam empat bulan yang lepas dan berkemungkinan ianya bukan lah bateri original.

screenshot conversation di twitter
Memang bahaya kalau tukar bateri bukan original ni. Walaupun terpaksa membelanjakan kos yang lebih sedikit tetapi asalkan keselamatan terjamin. Perkongsian ini juga dibuat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu ini.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...