“Tiba-Tiba Jatuh Ke Bawah”, Kereta Myvi Terjunam Ke Dalam Lubang Atas Jalan Raya

Trending

“Tiba-Tiba Jatuh Ke Bawah”, Kereta Myvi Terjunam Ke Dalam Lubang Atas Jalan Raya

Semalam tular di media sosial, gambar sebuah kereta Myvi berwarna kuning ‘tenggelam’ di atas jalan raya. Menerusi gambar yang dikongsikan, hanya separuh daripada bahagian kereta itu selamat di atas jalan raya manakala selebihnya sudah tenggelam.

Semua itu gara-gara ‘sinkhole’ ataupun tanah mendap yang berlaku di jalan raya terletak di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew. Dan semua itu berlaku dalam sekelip mata sahaja!

Advertisement

Kredit: Twitter

myvi kuning

Kredit: Twitter


Anak pemandu tersebut

Kereta tersebut dipandu oleh ibunya dan dia memaklumkan ibunya selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Ada individu yang membantu mengeluarkan ibunya dari kereta semasa kejadian.

“My mum lalu jalan tu macam biasa, tapi tiba-tiba jatuh ke bawah. Rasanya tanah mendap tu yang jadi mcm tu.”

Jalan mendap

sinkhole

Kredit: Independent

Ketika berada di tempat kejadian, mangsa melihat jalan raya di laluannya telah runtuh dan mendap menyebabkan kenderaannya terjatuh ke dalam lubang.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan mendapan tanah berlaku antaranya perubahan kandungan air dalam tanah, mampatan tanah yang tidak baik, akar pokok atau tanaman, struktur tanah yang lemah dan juga gegaran.

Untuk pengetahuan anda, pemandu berhak saman jika kemalangan disebabkan kecuaian syarikat pengendali. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kemalangan Di Lebuh Raya Akibat Kecuaian Syarikat Pengendali, Pengguna Berhak Saman Menurut Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...