Semalam tular di media sosial, gambar sebuah kereta Myvi berwarna kuning ‘tenggelam’ di atas jalan raya. Menerusi gambar yang dikongsikan, hanya separuh daripada bahagian kereta itu selamat di atas jalan raya manakala selebihnya sudah tenggelam.
Semua itu gara-gara ‘sinkhole’ ataupun tanah mendap yang berlaku di jalan raya terletak di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew. Dan semua itu berlaku dalam sekelip mata sahaja!

Kredit: Twitter
Kereta Terbang pic.twitter.com/B6j48dr205
— ? (@FirdausUzir) November 24, 2019
Anak pemandu tersebut
Kereta tersebut dipandu oleh ibunya dan dia memaklumkan ibunya selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Ada individu yang membantu mengeluarkan ibunya dari kereta semasa kejadian.
my mum punya kereta guys?? its not joke guys. jalan tu tiba2 runtuh, but my mum okey.
— Krysstabelle (@krysstabelle) November 24, 2019
“My mum lalu jalan tu macam biasa, tapi tiba-tiba jatuh ke bawah. Rasanya tanah mendap tu yang jadi mcm tu.”
my mum lalu jalan tu macam biasa, tapi tiba2 jatuh ke bawah. rasanya tanah mendap tu yang jadi mcm tu. sbb kalau kalan rosak mesti ada papan tanda kan. ni okey je, benda nak jadi kan. kita tak boleh nak jangka.
— Krysstabelle (@krysstabelle) November 24, 2019
Jalan mendap

Kredit: Independent
Ketika berada di tempat kejadian, mangsa melihat jalan raya di laluannya telah runtuh dan mendap menyebabkan kenderaannya terjatuh ke dalam lubang.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan mendapan tanah berlaku antaranya perubahan kandungan air dalam tanah, mampatan tanah yang tidak baik, akar pokok atau tanaman, struktur tanah yang lemah dan juga gegaran.
Untuk pengetahuan anda, pemandu berhak saman jika kemalangan disebabkan kecuaian syarikat pengendali. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Kemalangan Di Lebuh Raya Akibat Kecuaian Syarikat Pengendali, Pengguna Berhak Saman Menurut Peguam