“Tiba-Tiba Jadi Angau Dekat Pekerja Indonesia Tu”, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Rakan Dijampi

Trending

“Tiba-Tiba Jadi Angau Dekat Pekerja Indonesia Tu”, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Rakan Dijampi

Zaman sekarang ini memang macam-macam boleh berlaku. Tak kira lah moden macam mana pun, masih ada lagi yang mengamalkan ilmu hitam seperti sihir, santau dan sebagainya. Kisah yang akan dikongsikan ini juga boleh dijadikan peringatan untuk kita sentiasa menjaga batas pergaulan.

Perkongsian di laman Twitter ini berkisahkan tentang kawannya yang dihembus atau dijampi oleh pekerja Indonesia di tempat kerjanya. Sampaikan kawannya itu angau dan berhabis duit pada lelaki itu.

Advertisement

“Punya la gigih cari rezeki kerja pagi petang siang malam sampai satu hari, kena hembus/jampi dengan pekerja indonesia”

Semuanya bermula apabila kawannya yang bekerja sebagai site engineer terpaksa bekerja lewat malam. Dan disebabkan dia seorang diri, seorang pekerja Indonesia di situ duduk bersembang dengannya.

Kawannya juga berborak seperti biasa kerana mungkin lelaki itu hanya sekadar nak temankan dia yang terpaksa bekerja seorang diri. Tapi bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

“Tapi dia ada perasan yang pekerja indon tu kerap dok perhati dia cari jauh.”

Lepas daripada kejadian itu, kawannya sampaikan angau dan setiap hari mesti nak tengok muka pekerja Indonesia itu. Sampaikan setiap malam asyik menangis kerana rindukan lelaki itu.

Bila di rumah pula, dia akan mengelak daripada semua orang termasuklah kakaknya yang paling rapat dengannya. Dan setiap malam juga dia akan menelefon lelaki itu untuk berbual bersama.

Bukan itu sahaja, tetapi duit kawannya ini turut sama dikikis oleh lelaki itu. Tak pasti digunakan untuk apa kerana lelaki itu juga mempunyai isteri di Indonesia. Malah sempat bertanya sama ada kawannya ingin pulang ke Indonesia mengikutnya.

Badan bongkok selepas dihembus

Pernah sekali lelaki itu tak benarkan kawannya balik rumah. Tapi kawannya berasa tak sedap hati jadi dia balik juga. Waktu dia tengah memandu nak balik rumah tu, sebelah badan dia jadi sakit yg teramat sgt. Selepas itu, dia cuba baca Ayatul Kursi sekhusyuk yang boleh. Elok habis bacaan, dia kepak tengkuk dia.

“Kawan aku ni yang baru sedar kata dia dah kena hembus tu pun sebab ada workers lain bagi tau, sini ada orang hembus hembus kak”

Perangainya berubah sampaikan bos sendiri pun perasan benda yang sama. Lepas diceritakan semua benda, bosnya marah pada kawannya kerana gunakan telefon syarikat untuk tujuan peribadi. Tapi walaupun sudah dimarah, dia langsung tak mendengar arahan bosnya itu.

Pekerja lelaki itu dihalau

Apabila semuanya terbongkar, pekerja Indonesia itu dihalau keluar dari situ. Selepas itu barulah kawannya terasa badan ringan tak seperti selalu. Rupanya di tempat itu, memang ramai yang suka main ‘hembus-hembus’.

Kawan aku habaq ada sorang worker ni siap mengaku kat dia “saya kalau nakkan perempuan, senang saja, baca baca, malam malam mesti perempuan tu akan call saya”

Kisah yang dikongsi ini harap dapat dijadikan iktibar kepada semua terutamanya kaum wanita di luar sana. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...