Tiba-Tiba Gambar Menara Kuala Lumpur, KLCC, TRX Dan Merdeka 118 Muncul Dalam Video Promosi Pelancongan Indonesia, Rupa-Rupanya…

Travel

Tiba-Tiba Gambar Menara Kuala Lumpur, KLCC, TRX Dan Merdeka 118 Muncul Dalam Video Promosi Pelancongan Indonesia, Rupa-Rupanya…

Setiap tahun, menjadi kebiasaan bagi beberapa negara untuk melancarkan kempen pelancongan dengan menggunakan terma Wonderful bagi menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.

Namun, baru-baru ini, media sosial kecoh apabila kempen pelancongan dari negara jiran, Indonesia, memaparkan gambar menara berkembar ikonik Malaysia dalam bahan promosi mereka.

Advertisement

Menara klcc muncul dalam video pelancongan indonesia

Hantaran yang dimuat naik oleh Kementerian Pelancongan Indonesia itu segera menarik perhatian netizen, khususnya dari Malaysia, yang mengecam tindakan tersebut kerana dianggap seolah-olah memberi gambaran bahawa KLCC adalah sebahagian daripada pembangunan di Indonesia.

Lebih mengundang kekeliruan, promosi tersebut hanya memaparkan slogan “Temui Keajaiban Indonesia di TRAVEX ATF 2025” dengan latar belakang ibu kota Kuala Lumpur, tanpa sebarang penjelasan lanjut. Hal ini berpotensi mencetuskan salah faham dalam kalangan pengguna internet luar negara, yang mungkin menyangka KLCC adalah milik Indonesia.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak seperti yang disangka ramai. Kapsyen pada hantaran tersebut sebenarnya menjelaskan bahawa Indonesia akan menyertai acara TRAVEX ATF 2025.

Untuk makluman, TRAVEX ATF adalah acara tahunan yang mempromosikan rantau ASEAN sebagai satu destinasi pelancongan bersatu, melibatkan organisasi pelancongan, perniagaan, dan profesional dari negara-negara anggota ASEAN.

Sebagai sebahagian daripada ASEAN, Indonesia bakal menghadiri acara tersebut untuk memperkenalkan lokasi-lokasi menarik di negaranya kepada peserta yang terlibat. TRAVEX ATF 2025 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Malaysia.

Oleh itu, adalah sesuatu yang logik bagi Kementerian Pelancongan Indonesia menggunakan gambar KLCC dalam promosinya memandangkan acara tersebut akan diadakan di Malaysia.

Namun, perkara ini telah disalah tafsir oleh sebilangan netizen tempatan sehingga menimbulkan reaksi beremosi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 days ago

Ikut Jejak Langkah Singapore Airlines, MAS Kemas Kini Penggunaan 'Powerbank' Dalam Penerbangan Bermula 1 April 2025

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...