Selepas beberapa minggu khabar angin dikatakan sedang hangat bercinta, akhirnya wanita yang didakwa sebagai kekasih, Syamsul Yusof iaitu Irene Deanna tampil menjelaskan hal sebenar mengenai hubungannya bersama pengarah berkenaan.
Kata Irene, 25, hubungannya bersama Syamsul hanyalah sekadar rakan dan tidak lebih daripada itu.
Saya dan Syamsul sekadar kenalan, sebab dia kawan ayah saya. Sekadar kenalan hi dan bye macam itu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, gadis tersebut terkejut namanya disebut ramai, tetapi terhibur dengan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di Instagramnya.
Isu itu sama sekali tidak menganggu hidup saya. Saya buat kerja macam biasa sahaja. Rasa stress pun tidak.
Tambahannya lagi, khabar angin tersebut mula tular disebabkan Syamsul memiliki urusan kerja bersama syarikat bapanya.
Nama Irene mula jadi perhatian warganet selepas tular foto mesranya bersama Syamsul Yusof.