Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tiba-Tiba Air Terpancut Keluar Seolah Bocor..” Adibah Noor Kongsi Pengalaman Diserang Bell’s Palsy

Personaliti TV dan juga penyanyi, Adibah Noor mendedahkan bahawa dia telah terkena serangan masalah saraf ataupun lebih dikenali sebagai Bell’s Palsy sejak tiga minggu lalu.

Adibah menjelaskan dia mengalami gangguan saraf pada bahagian muka sebelah kiri dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi sebagai kaedah pemulihan.

Advertisement

Dia yang ditemui media berkata, serangan itu berlaku ketika dia sedang berkumur untuk menggosok gigi.

“Sebenarnya perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika sedang berkumur sewaktu gosok gigi.Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor. Jadi saya pun pergi ‘shooting’ dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Macam ssenget sedikit.”

Dia kemudiannya mendapatkan nasihat doktor pakar dan telah disahkan mengalami Bell’s Palsy.

Advertisement

Adibah dalam pada itu menjelaskan keadaannya kini semakin baik setelah menjalani hampir 10 sesi rawatan dan berharap agar keadaanya segera pulih seperti biasa.

Perkembangan sepanjang rawatan pemulihan itu telah dikongsikan Adibah menerusi akaun Instagramnnya untuk tatapan peminat.

Sumber : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama