“Tiba-Tiba Ada Interview..” – Sarah Yasmine Sindir Kenyataan Ruhainies, Tak Percaya Sudah Putus Dengan Aliff Aziz

Hiburan

“Tiba-Tiba Ada Interview..” – Sarah Yasmine Sindir Kenyataan Ruhainies, Tak Percaya Sudah Putus Dengan Aliff Aziz

Semalam, pelakon sensasi Ruhainies mengakui dirinya sudah pun memutuskan hubungan dengan aktor Aliff Aziz dan berkata ingin memulakan hidup baru. Susulan itu, Sarah Yasmine pula memuat naik hantaran yang menarik perhatian warganet.

Sarah sindir Ruhainies

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram story itu, Sarah seperti menyindir tindakan Ruhainies yang tampil untuk ditemu bual di sebuah acara setelah sekian lama mendiamkan diri sejak terlibat dalam kontroversi.

Advertisement

Lepas aku post pasal lari dari wartawan tiba-tiba ada interview. HAHAHA

ruhainies

Masih lagi berhubung

Bukan itu sahaja, menjawab kepada dakwaan Ruhainies yang mengatakan dirinya tidak lagi berhubung dengan Aliff, Sarah berkata hal tersebut seolah-olah tidak benar memandangkan mereka berdua masih saling follow di Instagram.

Sarah turut mendakwa dia pernah meminta kekasihnya itu untuk unfollow Ruhainies di Instagram namun aktres berkenaan enggan membiarkan perkara itu terjadi.

Masih follow each other, ye ke tak berhubung lagi.

 

“Tapi jangan lah unfollow saya, fikir juga lah tentang perasaan saya” Ingat lagi tak awak beri line itu dekat siapa bila dia unfollow awak untuk saya hari itu?

sarah

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu. Susulan itu, Sarah Yasmine yang mengakui sebagai kekasih gelap Aliff Aziz tampil mendedahkan hubungan sebenar Ruhainies dan Aliff serta isu-isu lain berkaitan mereka.

ruhainies
9 mins ago

Ruhainies Sudah 'Putus' Dengan Aliff Aziz, Akui Tidak Lagi Berkomunikasi - "Saya Rasa Semua Pihak Dah Boleh Move On"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...