“Tiap Hari Isteri Kita Tutup Aurat, Tiba Waktu Bersalin Senang-senang Doktor Tengok Kemaluan”

Trending

“Tiap Hari Isteri Kita Tutup Aurat, Tiba Waktu Bersalin Senang-senang Doktor Tengok Kemaluan”

Isu lelaki yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana isteri dibidankan doktor lelaki bukan isu baru, tetapi nampaknya isu tersebut timbul lagi dan kini menjadi viral di Twitter. Ia bermula dengan status yang ditulis oleh seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan mengapa wanita bersalin disambut bayinya oleh doktor lelaki.
DoktorLelakiAN

Pengguna Facebook bernama Nor Idham Che Ghani telah memuat naik status berbentuk pertanyaan (besar kemungkinan retorikal) sama ada haram atau tidak bagi doktor lelaki melihat kemaluan wanita yang hendak bersalin.


C-V5ToPV0AElRH4

Advertisement


Rata-rata netizen tidak faham mengapa isu itu ditimbulkan semula oleh Nor Idham kerana ia sepatutnya sudah jelas.

Namun seorang doktor, Khairul Hafidz, telah memberi penerangan di akaun Twitternya bahawa doktor lelaki juga kalau boleh tidak mahu membidankan wanita bersalin, tetapi terpaksa dilakukan juga kerana ia tanggungjawab mereka. Ini kerana ketiadaan doktor wanita saat mereka mempunyai komitmen lain.


Menurut Dr. Khairul Hafidz, ketika melahirkan, air ketuban wanita yang pecah menghasilkan bau khas yang tidak menyenangkan. Kemaluan wanita juga akan terbuka (untuk mengeluarkan bayi) dan dipenuhi darah (dan najis) yang menakutkan dan menjijikkan, sehinggakan ada sesetengah suami yang menemani isteri bersalin pengsan ketika melihat proses tersebut.


Sesetengah pengguna Twitter lain berpendapat, suami yang mengadu mengenai masalah aurat isteri mereka ketika bersalin adalah lebih bersifat cemburu, kerana orang yang sama biasanya tidak mahu menguruskan najis ibu bapa sendiri di hospital dan membiarkan jururawat melakukannya walaupun ia juga membabitkan aurat ibu bapa.


Lebih menarik, sesetengah pengguna Twitter juga membangkitkan bahawa kemaluan wanita ialah aurat kepada doktor perempuan juga.



Sebenarnya para suami harus faham dalam keadaan darurat, sesetengah perkara yang haram menjadi halal untuk menyelamatkan nyawa. Misalnya jika kebuluran dan tiada sumber makanan lain dalam keadaan darurat, orang Islam boleh makan daging babi yang haram sebagai ikhtiar survival (jangan diperap buat Sate pula).

Ada yang berkata, jika para suami yang terlalu memilih dan mempunyai isu apabila isteri mereka dibidankan oleh doktor lelaki, sepatutnya menghantar isteri untuk bersalin di hopital swasta, dan bersedia membayar yurannya. Di hopital swasta, suami boleh memilih doktor yang bertepatan dengan kehendaknya.

Jadi silakan menabung dari sekarang, ya? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

16 Comments

  1. Yus

    May 3, 2017 at 7:53 pm

    Lelaki mcm tu sepatutnya kena pastikan semua anak perempuannya jadi doktor sakit puan dan boleh membantu mengatasi masalah kekurangan doktor sakit puan wanita di Malaysia. Jangan tau komplen semata-mata.

Loading...