Isu lelaki yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana isteri dibidankan doktor lelaki bukan isu baru, tetapi nampaknya isu tersebut timbul lagi dan kini menjadi viral di Twitter. Ia bermula dengan status yang ditulis oleh seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan mengapa wanita bersalin disambut bayinya oleh doktor lelaki.
Pengguna Facebook bernama Nor Idham Che Ghani telah memuat naik status berbentuk pertanyaan (besar kemungkinan retorikal) sama ada haram atau tidak bagi doktor lelaki melihat kemaluan wanita yang hendak bersalin.
![C-V5ToPV0AElRH4](https://s29.postimg.org/a9cp15pvr/C-_V5_To_PV0_AEl_RH4.jpg)
Haah betul tu. Suruh laki hang jadi doktor. pic.twitter.com/MAywbYMUyy
— nomnom (@koalanii) April 26, 2017
Rata-rata netizen tidak faham mengapa isu itu ditimbulkan semula oleh Nor Idham kerana ia sepatutnya sudah jelas.
Namun seorang doktor, Khairul Hafidz, telah memberi penerangan di akaun Twitternya bahawa doktor lelaki juga kalau boleh tidak mahu membidankan wanita bersalin, tetapi terpaksa dilakukan juga kerana ia tanggungjawab mereka. Ini kerana ketiadaan doktor wanita saat mereka mempunyai komitmen lain.
Tapi ini tanggungjawab, tetap kena buat.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) April 29, 2017
Percayalah, tiada yg berahi & menggairahkan melihat kemaluan wanita sewaktu nak bersalin
Kami hanya jalankn t/jawab, nak selamatkan nyawa https://t.co/KrDghj1eee
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) April 29, 2017
Menurut Dr. Khairul Hafidz, ketika melahirkan, air ketuban wanita yang pecah menghasilkan bau khas yang tidak menyenangkan. Kemaluan wanita juga akan terbuka (untuk mengeluarkan bayi) dan dipenuhi darah (dan najis) yang menakutkan dan menjijikkan, sehinggakan ada sesetengah suami yang menemani isteri bersalin pengsan ketika melihat proses tersebut.
Belum lagi ditambah dengan bau ketuban pecah.
Kalau ini pun boleh menyebabkan syahwat naik, tak tahu lah sy nak kabor camne. https://t.co/xhap86RBCx
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) April 29, 2017
Masa bersalin ni, suami yg masuk teman isteri waktu tu pun ada yg pitam tengok kemaluan isteri mcm tu rupanya.
Kami ni apatah lagi.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) April 29, 2017
Sesetengah pengguna Twitter lain berpendapat, suami yang mengadu mengenai masalah aurat isteri mereka ketika bersalin adalah lebih bersifat cemburu, kerana orang yang sama biasanya tidak mahu menguruskan najis ibu bapa sendiri di hospital dan membiarkan jururawat melakukannya walaupun ia juga membabitkan aurat ibu bapa.
Lelaki yg ckp psl aurat bini masa bersalin mgkin lelaki yg sama x ksh bila bapak dia msk hosp dan nurse perempuan yg tlg cebokkan. ?
— Jane (@SoItsJane) April 29, 2017
Lebih menarik, sesetengah pengguna Twitter juga membangkitkan bahawa kemaluan wanita ialah aurat kepada doktor perempuan juga.
Cakap jelah cemburu, tak nak doktor lelaki yang tolong isteri bersalin. Jangan guna alasan aurat (sebab bukan). Lagi macho, bang.
— driz (@izyanizulkifli) April 29, 2017
Tak kisah lah nak pilih gynae perempuan ke lelaki nak tolong sambut baby. Kalau nak cakap pasal aurat, dua2 pun tak boleh tengok sebenarnya.
— driz (@izyanizulkifli) April 29, 2017
Sebenarnya para suami harus faham dalam keadaan darurat, sesetengah perkara yang haram menjadi halal untuk menyelamatkan nyawa. Misalnya jika kebuluran dan tiada sumber makanan lain dalam keadaan darurat, orang Islam boleh makan daging babi yang haram sebagai ikhtiar survival (jangan diperap buat Sate pula).
Ada yang berkata, jika para suami yang terlalu memilih dan mempunyai isu apabila isteri mereka dibidankan oleh doktor lelaki, sepatutnya menghantar isteri untuk bersalin di hopital swasta, dan bersedia membayar yurannya. Di hopital swasta, suami boleh memilih doktor yang bertepatan dengan kehendaknya.
Jadi silakan menabung dari sekarang, ya? – amazingnara.com