Jika sebelum ini pernah timbul khabar angin bahawa rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin kini sedang bergoyah namun dinafikan Nadia sendiri.
Namun lain pula ketika menjengah ruangan Instagram milik Muizz apabila dia dilihat telah memuat naik sebuah foto berwarna hitam putih bersama kapsyen yang bernada agak sedih dan kecewa.
“Tiada yang lebih melukakan hati apabila diri dikhianati, dikecewakan dan dihina oleh orang yang kita rasakan tidak akan pernah melukakan kita..”
Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada teman-teman serta ahli keluarga kerana tampil memberikan sokongan moral kepada dirinya.
Ketika meninjau kapsyen Muiz, turut terdapat tiga tanda pagar yang telah mencetuskan spekulasi antara peminat. Mana tidaknya, tanda pagar #ANvsNB merujuk kepada Nadia Brian namun siapa pula si AN?
Di akhir coretannya itu, Muiz turut menulis mengenai sesuatu keadilan yang pasti akan tiba suatu hari nanti. Ketika meninjau ruangan Instagram Nadia Brian, tiada apa-apa ataupun sebarang ‘hint’ yang menunjukkan hubungan mereka kini sedang goyah dan berantakan.
View this post on InstagramFirst Raya with My Wife?? #coveid2020 #teamrayakl #stayhome #staysafe #muizzxnadiab
Mengimbas kembali, pelakon Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi telah mendirikan rumah tangga bersama Muiz Nasruddin pada 9 November 2019 yang lalu.