Tiada Warung Tepi Jalan Pada 2020 Kata Menteri

Trending

Tiada Warung Tepi Jalan Pada 2020 Kata Menteri

Warung tepi jalan merupakan alternatif untuk rakyat Malaysia bagi mendapatkan makanan yang murah dan sedap. Untuk tahun 2020, Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan tiada lagi penjaja tepi jalan.

Advertisement

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata semua peniaga itu akan dipindahkan ke tempat lain atau berniaga menggunakan kenderaan saji.

Katanya, pihaknya juga akan mempastikan tiada lagi peniaga yang memasak di tepi jalan, sebaliknya perlu memasak di tempat lain dan membawa makanan untuk dijual ditempat yang disediakan.

“Ketika ini terdapat ribuan peniaga tepi jalan di Wilayah Persekutuan. Cadangan ini juga akan membabitkan penjaja yang menjual pisang goreng atau nasi lemak di tepi jalan yang akan dipindahkan.

“Kita akan naik taraf peniaga di tepi jalan ini kepada sistem yang berbeza selain akan menyediakan ruang berniaga yang khusus untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan 2017 Badan Perhubungan Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) Wilayah Persekutuan di Wisma Sejarah.

Yang turut hadir Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader dan Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Wilayah Persekutuan, Asraf@Mohaideen Abdul Kadar Kamaldin.

Terdahulu, sewaktu berucap, Tengku Adnan turut meminta kepada semua masyarakat India Muslim supaya menjadikan hanya KIMMA sebagai medan untuk mereka bernaung.

Ini disebabkan ketika ini pihaknya dapati wujud banyak persatuan yang mahu mewakili India Muslim.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, pihaknya menyokong cadangan kerajaan mahu memindahkan peniaga tepi jalan ke ruang niaga yang disediakan kerana peniaga tepi jalan mengundang risiko dari segi kesihatan selain mengganggu lalu lintas. – Sumber Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...