“Tiada Undang-Undang Di Malaysia Larang Tanam Ketum” – Ketua Polis Negara

Trending

“Tiada Undang-Undang Di Malaysia Larang Tanam Ketum” – Ketua Polis Negara

Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang melarang penanaman mitragyna speciosa (ketum) tetapi pemilikan, pemprosesan dan pengedaran tumbuhan itu merupakan kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Advertisement

Ketum mempunyai bahan yang boleh memabukkan maka sebab itu mereka yang menggunakannya boleh didakwa dibawah Akta Racun 1952, jelasnya.

“Mana-mana orang yang mahu menggunakan ketum untuk nilai perubatannya, perlulah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan,” tegas Khalid ketika ditemui pemberita di Putrajaya.

Beliau mengulas cadangan Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin Selasa lepas memohon kerajaan membenarkan pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.

Hari ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan penjualan air ketum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952 dan penanamannya secara besar-besaran perlu diteliti secara mendalam.

Beliau akan mengarahkan Ketua Pengarah Risda Mohd Najib A Samad untuk menyerahkan laporan berhubung perkara itu.

Ketum merupakan sejenis tumbuhan asli Asia Selatan, dan daunnya digunakan untuk perangsang atau pelali serta untuk merawat ketagihan candu. Ramai mendakwa ketum berkesan merawat artritis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...