Pelakon, Shahriza Mahmud akui kecewa dan sedih kerana seakan dipinggirkan daripada industri hiburan sejak menghidap penyakit serius yang membuatkannya tidak secergas dahulu.
Kata aktres berusia 59 tahun itu, dia kini terpaksa menggunakan tongkat selepas menghidap slip disc hingga menghimit urat saraf.
Tiada tawaran sebab bertongkat
Ujar Shahriza, dia mengharapkan tawaran berlakon sebagai pendapatan utama, malangnya tiada pihak yang prihatin dengan nasibnya itu.
Ada juga tawaran, tapi bila saya cakap pakai tongkat boleh tak, mereka terus tak nak. Merekanak yang boleh berjalan, boleh berlari semua, kan.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana menerima tawaran berlakon satu telefilem pada Januari lalu yang tidak melibatkan babak berlari mahu pun berjalan.
Berniaga tapi tak pulang modal
Disebabkan kurang tawaran, Shahriza dia kini berdepan masalah kewangan dan hutang yang semakin bertambah, apatah lagi dia juga tidak dapat berniaga disebabkan sakitnya itu.
Jadi, saya buatlah apa saja yang boleh. Sekarang mana-mana team yang panggil berniaga, rasa tempat itu berbaloi saya akan masuk termasuk ‘car boot sale’.
“Sampai ke Temerloh, Pahang saya pergi untuk cari rezeki. Dari situ saya ke Mentakab dan Bera. Orang ramai dan ada yang beli tapi hanya sekadar balik modal. Dengan kos minyak, tol dan sewa hotel RM40. Kadang-kadang tidur dalam kereta. Sebelum ini saya berniaga di ‘car boot sale’ di Shah Alam selama dua hari, satu jualan pun tak ada,” kata Shahriza.
Aktres itu kini hanya membayar hutang setiap bulan setakat yang mampu dan meneruskan kehidupan dengan berniaga gelang kristal.
Tambah Shahriza, meski sudah berkali-kali bertanya kepada rakan-rakan industri namun masih tiada tawaran kerja yang diterimanya.
Hutang pula bertambah. Kalau kita tak bergerak sekarang, kereta masih kena bayar. Kami hutang pengurusan rumah. Asalnya sikit saja, lima tahun lalu dah menjadi lebih RM3,000. Sekarang dah lebih RM11,000. Lagi lama dia makin naik. Jadi, terpaksa kurangkan macam manapun. Kami dah bincang dengan pengurusan dan mereka suruh jual rumah itu.
Bagaimanapun, kata Shahriza agak mustahil untuk dia menjual kediaman tersebut kerana rumah itu pemberian emaknya.