Baru-baru ini di platform X, seorang wanita berkongsi cerita tentang dirinya yang sanggup berhenti bekerja demi memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.
Dipandang rendah
Namun begitu, selepas lebih setahun menjadi suri rumah, wanita terbabit membuat keputusan untuk kembali bekerja tetapi proses mencari kerja tidak mudah buatnya.
Hal yang teruk berlaku apabila ada sesetengah syarikat yang memandang rendah terhadapnya dan menawarkan kadar gaji yang rendah.
Syarikat luar negara profesional
Tidak mahu berputus asa mencari tempat kerja, wanita itu meneruskan pencarian hingga dia berjaya dipanggil oleh sebuah syarikat luar negara untuk ditemuduga.
Temuduga dengan orang Scotland tak ada langsung soalan kenapa ada careep gap? Dah kahwin? Ada rancang nak ada anak? Sangat profesional.
Bahkan, wanita tersebut meluahkan rasa syukur kerana syarikat luar negara lebih menghargai bakatnya hingga menawarkan kadar gaji yang tinggi.
Akhir kata, dia memberi pesanan kepada golongan suri rumah untuk tidak berputus asa dalam mengejar impian mereka.