“Tiada Skandal Atau Penipuan, They Should Have A Life Daripada Cuba Burukkan Syarikat” – Ahli Lembaga Pengarah FashionValet Bersuara

Trending

“Tiada Skandal Atau Penipuan, They Should Have A Life Daripada Cuba Burukkan Syarikat” – Ahli Lembaga Pengarah FashionValet Bersuara

Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu isu mengenai kerugian pelaburan Khazanah dan PNB sebanyak RM43.9 juta dalam syarikat FashionValet telah menjadi perhatian ramai.

Ahli Lembaga Pengarah FashionValet bersuara

Susulan topik tersebut sedang hangat diperkata ramai, Ahli Lembaga Pengarah FashionValet iaitu Aireen Omar tampil memberi penjelasan sewaktu dijemput menjadi tetamu dalam podcast Asyraf Khalid.

Advertisement

Tegas Aireen, isu ini sama sekali tidak berkait dengan skandal, penipuan ataupun memindahkan wang dengan cara yang salah.

Apa yang orang nak speculate, mereka akan tetap speculate. Mereka perlu mempunyai kehidupan sendiri atau melihat hal lain serta mempelajari sesuatu.

Bahkan, Aireen merasakan perkara itu lebih baik dilakukan oleh seseorang daripada cuba untuk menjatuhkan imej syarikat yang sama sekali tidak tahu hal yang sebenar.

Netizen luah tidak puas hati

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah FV itu berkata hal yang berlaku ini merupakan perkara normal terjadi dalam sesebuah bisnes, di mana ada hari di atas dan ada hari di bawah.

Meninjau di ruangan komen hantaran TikTok itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan penjelasan Aireen dan merasakan dia mengambil ringan tentang isu kerugian sebanyak juta ringgit itu.

komen

sprm fashionvalet
2 months ago

Libatkan Dana Awam, SPRM Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta Khazanah & PNB Dalam FashionValet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...