“Tiada Siapa Yang Lantik Nak Kutip Derma” – Netizen Bengang, ‘Fan Club’ Meerqeen Guna Akaun Peribadi Untuk Kutipan Dana Palestin

Hiburan

“Tiada Siapa Yang Lantik Nak Kutip Derma” – Netizen Bengang, ‘Fan Club’ Meerqeen Guna Akaun Peribadi Untuk Kutipan Dana Palestin

Memandangkan isu peperangan yang sedang dihadapi Palestin ini sedang ramai dibicarakan, ramai artis dan personaliti media sosial menggunakan platform mereka untuk mengumpul dana bantuan untuk warga di sana.

Pada masa yang sama, ada juga kumpulan fan club kepada pelakon muda sensasi, Meerqeen, melancarkan kutipan derma bagi turut serta membantu. Difahamkan hantaran itu mula dimuat naik di laman Twitter.

Advertisement

Kenapa saluran dana Palestin ke akaun peribadi admin pula?

Namun begitu, warganet mula berang apabila diketahui nombor akaun yang dikongsikan itu merupakan milik peribadi dan bukan terus ke badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang sepatutnya dilakukan.

Tidak lama selepas itu, admin kepada fan club itu tampil memberi penjelasan bahawa dana itu dikumpul terlebih dahulu dan baru lah diberikan kepada NGO berkenaan.

Tak kisahlah niat baik pun. Nak derma atas nama kau, jangan guna duit public.

Susulan itu, individu yang bertanggungjawab meminta maaf kepada orang awam tentang isu yang tular tersebut dan menegaskan bahawa mereka tiada niat jahat dan hanya ingin membantu sedara Islam di sana.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

meerqeen
7 months ago

Meerqeen Tetap Dikecam Lepas Keluar Kenyataan, Diperli 'Play Safe' Takut Kontrak Dibatalkan - "4 Perenggan Tulis, Takde Satu Pun Perkataan Palestin"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...