Memandangkan isu peperangan yang sedang dihadapi Palestin ini sedang ramai dibicarakan, ramai artis dan personaliti media sosial menggunakan platform mereka untuk mengumpul dana bantuan untuk warga di sana.
Pada masa yang sama, ada juga kumpulan fan club kepada pelakon muda sensasi, Meerqeen, melancarkan kutipan derma bagi turut serta membantu. Difahamkan hantaran itu mula dimuat naik di laman Twitter.
Kenapa saluran dana Palestin ke akaun peribadi admin pula?
THIS IS TOTALLY WRONG ❌
Kalau aku kata bengap, kang kata aku insensitive pulak
Apa lah justification fanclub kau ni mat?
Kenapa aku kena salurkan dana Palestine ke personal account admin pulak?
Make it make sense! https://t.co/wXeeL1ayzm pic.twitter.com/3y5e35NOtp
— adlie (@adliehassan) October 18, 2023
Namun begitu, warganet mula berang apabila diketahui nombor akaun yang dikongsikan itu merupakan milik peribadi dan bukan terus ke badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang sepatutnya dilakukan.
Tidak lama selepas itu, admin kepada fan club itu tampil memberi penjelasan bahawa dana itu dikumpul terlebih dahulu dan baru lah diberikan kepada NGO berkenaan.
Tak kisahlah niat baik pun. Nak derma atas nama kau, jangan guna duit public.
— (@Meerqeentroopss) October 18, 2023
Susulan itu, individu yang bertanggungjawab meminta maaf kepada orang awam tentang isu yang tular tersebut dan menegaskan bahawa mereka tiada niat jahat dan hanya ingin membantu sedara Islam di sana.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.