“Tiada Siapa Tahu Langkah Seterusnya” – Hantaran Aliff Aziz Undang Sindiran

Hiburan

“Tiada Siapa Tahu Langkah Seterusnya” – Hantaran Aliff Aziz Undang Sindiran

Perkongsian terkini penyanyi dan pelakon Aliff Aziz di media sosial kembali mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Dalam satu hantaran di Threads, Aliff memuat naik beberapa foto dirinya sedang menikmati hidangan mewah sambil menulis kapsyen berbunyi,

Tiada siapa tahu langkah saya seterusnya. Malah bukan saya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendapat respon positif, sebaliknya dibanjiri kritikan pedas daripada warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Advertisement

Ramai yang menyindir tindakannya, malah ada yang mengaitkan isu nafkah anak yang dikatakan belum dilunaskan. Ada juga yang menyindir sejarah peribadinya, termasuk skandal kecurangan yang pernah tular sebelum ini.

Walaupun kapsyen seolah-olah ingin memberi mesej tersirat tentang perjalanan hidupnya, netizen lebih memilih untuk mengecam berbanding memberi sokongan.

Untuk rekod, bekas isterinya Bella Astillah pernah memaklumkan bahawa dia tidak menuntut nafkah selepas perceraian mereka pada Jun 2024. Nama Aliff juga hangat diperkatakan pada Mac lalu selepas ditangkap berkhalwat bersama pelakon Ruhainies.

Hasil perkahwinannya bersama Bella, mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

sarah yasmine aliff aziz
2025-08-06 13:05:47

“Korang Tak Move On Cerita Aliff Aziz” - Sarah Yasmine Minta Jangan Dikaitkan Lagi Dengan Isu Lama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...