Tiada Siapa Serius Ambil Berat Bola Sepak Tanah Air, TMJ Mahu Tentang Rejim Korup

Trending

Tiada Siapa Serius Ambil Berat Bola Sepak Tanah Air, TMJ Mahu Tentang Rejim Korup

tmj1

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan, beliau akan menentang mana-mana rejim yang korup.

Advertisement

Katanya, ia disebabkan tidak ada sesiapa yang benar-benar mengambil berat tentang bola sepak Malaysia kecuali dirinya.

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) itu dalam pada masa sama turut melahirkan perasaan terkejutnya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan sekutu lain tidak berminat untuk memperbaiki masalah yang melanda bola sepak Malaysia, lapor FMT.

“Anda sepatutnya berdiri bersama-sama dan menuntut perubahan. Anda tidak boleh mengubah sesuatu yang anda tidak tahu apa masalahnya,” katanya menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Menurut Tunku Ismail, cara terbaik untuk seluruh negara mengetahui masalah sebenar bola sepak adalah dengan meletakkannya di kaca televisyen.

“Cukuplah dengan segala perkara yang cuba diselindungkan. Jadilah telus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Astro untuk menyediakan platform melalui siaran langsung untuknya berbahas dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, wakil FAM, Ketua Jurulatih Kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Sathianathan.

“Untuk berbahas tentang siapa yang bertanggungjawab bagi prestasi buruk pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia serta apa tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan.

“Juga dalam program ini, mereka perlu membenarkan para penyokong untuk menyuarakan pendapat mereka dan menanyakan apa-apa soalan yang mereka mahu.

“Suara mereka perlu menjadi keutamaan kerana kita berkhidmat kepada mereka dan mereka mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran tentang apa masalah sebenar yang dihadapi oleh bola sepak Malaysia. Saya individu yang telus dan jujur. Ini adalah satu cabaran daripada saya,” tegasnya.

Sabtu lalu, Khairy dilapor menyatakan bukan sesuatu yang mengejutkan apabila skuad bola sepak negara mencatat rekod terburuk apabila terperosok di ranking ke 174 dunia.

Sambil menyifatkan kualiti Harimau Malaysia sudah pun mencapai tahap maksimum, Khairy berkata, pasukan negara seakan tidak boleh lagi menunjukkan peningkatan luar biasa dan semua pihak harus menerimanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...