Pelakon drama popular, Fezrul Khan Junaidi,39, baru-baru ini ada memuat naik foto memaparkan dirinya memakai baju Melayu dengan kapsyen ‘Selamat menikah semoga kekal hingga ke akhir hayat..’.
Ditanya adakah sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua setelah lima tahun bergelar duda, Fezrul mengakui bahawa dia hanya bergurau dan foto itu dimuat naik sempena promosi drama terbaru lakonanannya yang berjudul Gantung.
Fezrul dalam pada itu memberitahu bahawa dia belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Tiada siapa mahukan saya. Jadi, apabila ada masa saja, saya akan berkebun. Kalau nak kata saya pandai kahwinkan durian Musang King, itu memang betul.
Ujarnya lagi, dia baru sahaja memilik dusun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dibelinya dengan harga RM150,000.
Malah, dia juga mengikuti kursus dengan Jabatan Pertanian selain menimba pengalaman dengan orang yang lebih berilmu dalam dunia pertanian.
Tambah Fezrul lagi, dusun itu diisi dengan tanaman seperti durian Musang King, pisang nagka, pisang tanduk, pisang berangan, cempedak king, nangka madu dan juga petai.
Sekadar info, Fezrul pernah mendirikan rumah tangga bersama Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012 sebelum bercerai pada tahun 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Farrel Khan yang kini di bawah jagaan bekas isterinya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.