Tiada Siapa Jamin Armin Zaharin Keluar Penjara, Dibantu Peguam Atas Ihsan

Hiburan

Tiada Siapa Jamin Armin Zaharin Keluar Penjara, Dibantu Peguam Atas Ihsan

Sadis juga penulis membaca artikel mStar Online mengenai suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, tidak dijamin oleh seiapa untuk keluar penjara setakat jam 1.00 petang tadi walaupun ada yang mengambil borang untuk menjaminnya.

Malah, peguam yang mewakilinya hanya membantunya untuk hari ini saja atas dasar ihsan kerana Armin meminta tolong untuk mengurangkan wang jaminan pada pagi ini.

Advertisement

Kata peguam Muhammad Zufar Elias dia rela hati untuk membantu Armin bagi mengendalikan sebutan semula kes berkenaan bagi membantu Armin bagi memohon mengurangkan wang jaminan yang pada mulanya dikenakan terhadapnya sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun mahkamah mengekalkan jaminan seperti diputuskan sebelum ini iaitu sebanyak RM5,000.

Saya ke mahkamah hari ini untuk sebutan kes lain tetapi ketika bertemu dengannya dalam dewan mahkamah, dia memanggil saya meminta bantuan untuk memohon mengurangkan wang jaminan.

Apa yang saya diberitahu ada rakannya akan datang menjaminnya tetapi saya sendiri tidak tahu siapakah orangnya dan individu tersebut tidak kelihatan di mahkamah.

Malah, tidak ada ahli keluarga dan rakan Armin datang ke mahkamah untuk melihat sebutan kes.Pada sebutan kes itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Armin juga dikatakan resah dan sering melihat ke galeri awam dipercayai kerana menantikan seseorang datang menjaminnya.

Gambar: Ziana dan Armin menghadiri satu acara pada tahun 2011

Menurut Berita Harian Online, Armin yang merupakan bekas ketua pramugara tiba di mahkamah dengan memakai baju kelabu dan berseluar jeans, mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang berkerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di rumahnya di Denai Alam dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

42 Comments

  1. Ex-Crew

    March 8, 2018 at 5:26 pm

    Padan muka. Dulu waktu Malaysia Airlines ko buli geng2 kunyit mcm aku. Nahhh..ambik. Jantan poyo… ko tanya lah siapa pun byk x suka ko!!!!

    • Miyuki

      March 8, 2018 at 10:05 pm

      Bosan la kau! Sapa suruh jadi kunyit?! Allah jadikan ko lelako ya g nak jadk kunyit dah kenapa? Hayati sikit kisah kaum lut tu…umat zaman dulu, hukuman allah bagi cash kat dunia, umat nabi muhammad je allah tangguh di akhirat. Sejenis macam kau nk merosakan perasaan aku.rimas faham x? Cuba kuatkan sikit hati tu.innasolatatanhaanil fahsya iwalmunkar! Sesungguh solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.cek balim solat tu insyaallah allah tolong ko.toksah lah..kadang2 aku tengok kunyit ni just trend saja…nak seek attention, hello be a real guy..kuat kasar ok!

      ** aku memang suka baca beautifulnara, so what hahaha….kang ada pulak kata apasal baca gosip, baik dengar ceramah..nak terima terima. Nak sudah.k bai
      ****************************
      Harap kak ziana dapat selesaikan hal ini dengan lapang dada.. Semoga semua baik baik saja

    • Ayot

      March 9, 2018 at 6:32 am

      dengar mcm tu jugak. Adik ex stewardes ckp dia ni mental problem. Garang nauzubillah. Ramai org tak suka

    • Pekerja Gomen

      March 9, 2018 at 9:24 am

      Geng kunyit mmg patut kena buli pun….
      Kalau aku pun ambik VSS dikelilingi kaum nabi Luth…
      Bumi Saadom pun Allah terbalikkan dek kerana kunyit…
      Inikan plak kapal terbang atas langit…..
      Kapal terbang terhempas… dengan aku skali dapat saham subahat

  2. kita2

    March 8, 2018 at 5:24 pm

    susah senang harus bersama

  3. Anonymous

    March 8, 2018 at 5:12 pm

    aku confius..mula2 berita kate dia pukul anak dia pukul 4 pg…arini kate kejadian antara pukul 8 mlm – 10.30 mlm…..huh….wartawan pun bengong…hahaha…wartawan y tulis kul 4 pagi tu mabuk ketom kot…so netizen y bengong pun terikut mabuk sambil maki2 si bapak….

    • Hani

      March 9, 2018 at 12:25 am

      Alahai. Itu pun nak confius bagai. Hal kecik je pun. Tak payah sampai nak bengong kan, mabuk ketum kan orang lain.

  4. Anonymous

    March 8, 2018 at 5:09 pm

    Ada ke disebut umur anak yg dirotan. Kenapa lepas dua hari baru buat laporan polis. Dlm kes ini anak dia dibawa ke untuk rawatan klinik atau hosp. Satu lagi, afa ke laporan yang mengatakan anak beliau troma.

    • Anonymous

      March 8, 2018 at 5:14 pm

      Bitch…meh sini aku pukul ko plak. Lepas tu kita sembang!

  5. Yana

    March 8, 2018 at 5:09 pm

    Kita sebagai emak tanggungjawab kita jaga anak2. Kalau laki sendiri pukul sepak teranjang… sorry tiada kompromi. Adiossss, ko masuk la hotel tak berbintang makan bubur!

Loading...