Tiada Siapa Jamin Armin Zaharin Keluar Penjara, Dibantu Peguam Atas Ihsan

Hiburan

Tiada Siapa Jamin Armin Zaharin Keluar Penjara, Dibantu Peguam Atas Ihsan

Sadis juga penulis membaca artikel mStar Online mengenai suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, tidak dijamin oleh seiapa untuk keluar penjara setakat jam 1.00 petang tadi walaupun ada yang mengambil borang untuk menjaminnya.

Malah, peguam yang mewakilinya hanya membantunya untuk hari ini saja atas dasar ihsan kerana Armin meminta tolong untuk mengurangkan wang jaminan pada pagi ini.

Advertisement

Kata peguam Muhammad Zufar Elias dia rela hati untuk membantu Armin bagi mengendalikan sebutan semula kes berkenaan bagi membantu Armin bagi memohon mengurangkan wang jaminan yang pada mulanya dikenakan terhadapnya sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun mahkamah mengekalkan jaminan seperti diputuskan sebelum ini iaitu sebanyak RM5,000.

Saya ke mahkamah hari ini untuk sebutan kes lain tetapi ketika bertemu dengannya dalam dewan mahkamah, dia memanggil saya meminta bantuan untuk memohon mengurangkan wang jaminan.

Apa yang saya diberitahu ada rakannya akan datang menjaminnya tetapi saya sendiri tidak tahu siapakah orangnya dan individu tersebut tidak kelihatan di mahkamah.

Malah, tidak ada ahli keluarga dan rakan Armin datang ke mahkamah untuk melihat sebutan kes.Pada sebutan kes itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Armin juga dikatakan resah dan sering melihat ke galeri awam dipercayai kerana menantikan seseorang datang menjaminnya.

Gambar: Ziana dan Armin menghadiri satu acara pada tahun 2011

Menurut Berita Harian Online, Armin yang merupakan bekas ketua pramugara tiba di mahkamah dengan memakai baju kelabu dan berseluar jeans, mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang berkerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di rumahnya di Denai Alam dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

42 Comments

  1. melati

    March 8, 2018 at 4:52 pm

    Begini lah Nasib Lelaki2 50an , yg tk bekerja….!!! di buat cam Bola..!!! hmmmmm

    • 030303

      March 8, 2018 at 7:11 pm

      awak ni tukang jahit kajang ke

    • melati

      March 9, 2018 at 9:45 am

      hahaha , saya ni tak tahu buat aper

  2. Kak Mah Kebabom

    March 8, 2018 at 4:47 pm

    Kisah orang jadikan sbg pengajaran…cermin diri kita sendiri pulak mcmana…Allah swt nk spy hamba Dia sentiasa perbaiki diri…

  3. Anonymous

    March 8, 2018 at 4:41 pm

    serves him right!!!!

  4. cilimanis

    March 8, 2018 at 4:38 pm

    Alahaiii….apa cerita sebenarnya diorang ni ye?? Sedihnya….dah bertahun kahwin…anak2 pun dah besar….tiba2 ada masalah macam ni ya.Semoga dipermudahkan untuk ZZ dan keluarga…

  5. kuntur

    March 8, 2018 at 4:34 pm

    kesian baca, mana agaknya dia balik lepas dijamin keluar…ntah naik bas aje ke camne, setiap org buat kesilapan

    • Anonymous

      March 8, 2018 at 4:47 pm

      Kat anak 9 thn ko x kesian pulok!

    • Anonymous

      March 8, 2018 at 4:52 pm

      weiii…yg anak dia lebam2 luka2 trauma tu kau tak kesian????? Dia dh umur 53 tahun pandai2 laa nk idup…masa dia balun anak dia tu tak sedar diri ke???? Kalau x teruk, takkan ziana buat report!!!!