Tiada Siapa Jamin Armin Zaharin Keluar Penjara, Dibantu Peguam Atas Ihsan

Hiburan

Tiada Siapa Jamin Armin Zaharin Keluar Penjara, Dibantu Peguam Atas Ihsan

Sadis juga penulis membaca artikel mStar Online mengenai suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, tidak dijamin oleh seiapa untuk keluar penjara setakat jam 1.00 petang tadi walaupun ada yang mengambil borang untuk menjaminnya.

Malah, peguam yang mewakilinya hanya membantunya untuk hari ini saja atas dasar ihsan kerana Armin meminta tolong untuk mengurangkan wang jaminan pada pagi ini.

Advertisement

Kata peguam Muhammad Zufar Elias dia rela hati untuk membantu Armin bagi mengendalikan sebutan semula kes berkenaan bagi membantu Armin bagi memohon mengurangkan wang jaminan yang pada mulanya dikenakan terhadapnya sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun mahkamah mengekalkan jaminan seperti diputuskan sebelum ini iaitu sebanyak RM5,000.

Saya ke mahkamah hari ini untuk sebutan kes lain tetapi ketika bertemu dengannya dalam dewan mahkamah, dia memanggil saya meminta bantuan untuk memohon mengurangkan wang jaminan.

Apa yang saya diberitahu ada rakannya akan datang menjaminnya tetapi saya sendiri tidak tahu siapakah orangnya dan individu tersebut tidak kelihatan di mahkamah.

Malah, tidak ada ahli keluarga dan rakan Armin datang ke mahkamah untuk melihat sebutan kes.Pada sebutan kes itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Armin juga dikatakan resah dan sering melihat ke galeri awam dipercayai kerana menantikan seseorang datang menjaminnya.

Gambar: Ziana dan Armin menghadiri satu acara pada tahun 2011

Menurut Berita Harian Online, Armin yang merupakan bekas ketua pramugara tiba di mahkamah dengan memakai baju kelabu dan berseluar jeans, mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang berkerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di rumahnya di Denai Alam dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...