Tiada Sesi Bergambar, Anggota Polis Bantu Orang Awam Raih Pujian

Kehidupan

Tiada Sesi Bergambar, Anggota Polis Bantu Orang Awam Raih Pujian

Kempen kibar bendera putih yang dijalankan rakyat pada waktu ini sangat membantu individu dan keluarga yang dalam kesusahan. Semakin banyak juga pihak yang tampil memberikan bantuan.

Terbaru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut berkongsi satu video di Facebook rasminya menunjukkan anggota polis sedang mengagihkan bantuan kepada masyarakat.

Advertisement

Dalam video itu dapat dilihat bonet kereta peronda polis Honda Civic penuh dengan barang-barang makanan.

“Polis juga menggunakan masa dan sumber yang ada untuk beri bantuan kepada masyarakat. Syabas saya ucapkan. Semoga diberkati saudara-saudari”. – Tulis Najib.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian ramai adalah usaha yang dilakukan anggota polis dalam membantu orang awam tanpa sesi ambil gambar mahupun kejar publisiti semata-mata. Bantuan disampaikan secara ikhlas dan diharapkan agar lebih ramai yang tampil membantu mereka yang memerlukan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...