March 11th, 2013

Nama Awie dan Erra satu ketika dahulu memang cukup hangat. Hero dan heroin di dalam filem, mereka berdua turut bercinta di dalam kehidupan nyata. Namun sudah tertulis bukan jodoh masing-masing, kini mereka berdua hidup bahagia di samping keluarga tercinta.
awie dan erraSelepas 5 tahun tidak bertentang mata, akhirnya Awie dan Erra ditemukan semula menerusi rancangan Tunggu Sekejap kendalian Awie sendiri. Erra mengakui yang dir gementar ketika melangkah masuk untuk ditemubual oleh Awie. Kata Erra menerusi Kosmo Ahad:-

Mula-mula hendak melangkah masuk menjadi tetamu Awie, perasaan gemuruh dan berdebar itu memang terasa. Saya terfikir anggapan orang luar terhadap kami. Anggapan itu sebenarnya yang merosakkan keadaan. Sebelum ini, saya dan Awie sendiri pernah bekerjasama dalam filem Cuci. Akhirnya, ini satu kolaborasi yang menyeronokkan

awie dan erra

Dan Abang Nara kagum dengan keprofesionalan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak ini. Inilah sikap yang harus dicontohi. Kisah lama jangan diungkit. Buka buku baru. Respek Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Awie ini:-

Saya juga mengembangkan karier dan syukurlah kami masih diberi peluang. Bagi saya, apa yang berlalu biarlah berlalu. Kita tutup buku lama dan buka buku baharu. Ini terbaik untuk kami. Masing-masing sudah berkeluarga, ada karier dan kehidupan sendiri. Benda sudah baik dan tak perlu lagi hendak keruhkan keadaan. Jika ada lagi peluang untuk bekerjasama, saya okey.

Semoga hubungan baik antara Awie dan Erra ini akan terus berkekalan. Dengar khabarnya, selepas ini Awie pula akan menjadi tetamu Erra di dalam rancangan Primadona. Baguslah begitu. Masing-masing tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri. Lagipun dunia hiburan ini kecil sahaja. Nak gaduh dan bermasam muka pun tak ada faedahnya. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...