Tiada Sebarang Masalah Pun Bersalin Dalam Air – Diana Danielle

Hiburan

Tiada Sebarang Masalah Pun Bersalin Dalam Air – Diana Danielle

Baru-baru ini, Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan beberapa garis panduan bagi hospital di Malaysia yang ingin menawarkan perkhidmatan untuk ibu bersalin didalam air. Antara syarat utama yang dikenakan ialah hanya ibu yang tidak mempunyai sebarang komplikasi dibenarkan menggunakan kaedah berkenaan.

Advertisement

Meluahkan pendapat mengenai isu ini, aktres Diana Danielle yang sudah dua kali menggunakan kaedah bersalin didalam air merasakan tiada sebab kaedah itu harus disekat di Malaysia.

Selepas dua kali melahirkan anak melalui kaedah ini, saya sendiri merasakan tidak ada sebarang masalah untuk terus mengamalkan kaedah ini bagi kelahiran anak-anak kami pada masa depan.

Ia suatu kaedah yang selamat kerana saya dan anak-anak sehingga hari ini tidak berdepan dengan sebarang masalah. Saya lebih selesa dengan kaedah bersalin dalam air dan tidak ada sebab untuk kaedah ini dihalang dilaksanakan dalam negara kita.

Untuk pengetahuan anda, Diana melahirkan anak pertama di dalam air di Australia pada 2013, manakala anak kedua di sebuah hospital swasta di Malaysia pada tahun 2015.

Tambah Diana, beliau dijaga dengan cukup baik dan dipantau rapi oleh doktor ketika hendak bersalin di dalam air.

Saya dijaga rapi seorang doktor berpengalaman. Malah saya percaya doktor juga akan memastikan seseorang ibu itu mampu melalui kaedah ini sebelum membenarkan prosedur ini dijalankan.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang kaedah bersalin di dalam air. Namun, hampir 80% mereka yang menggunakan kaedah ini mengatakan sakit untuk bersalin itu agak kurang ketika berada di dalam air dan ia antara kaedah yang cukup popular di Barat.

Mungkin pihak KKM bukan mahu melarang tetapi ingin memastikan doktor dan pihak hospital mempunyai pengetahuan yang luas tentang kaedah berkenaan sebelum ia dilaksanakan.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...