September 19th, 2019

Baru-baru ini, penyanyi Sufian Suhaimi berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa setelah mengambil anak angkat yang bernama Faeq Razeeq. Kini kehidupannya semakin bahagia dan ceria dengan kehadiran si comel.

sufian suhaimi

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak mempersoalkan mengapa Sufian tidak membabitkan mana-mana jabatan ataupun agensi berkaitan pengambilan anak angkatnya.

Jelas Sufian, isu tersebut seharusnya tidak timbul dan menjadi perdebatan kerana ia dilakukan menerusi permuafakatan bersama, dimana ibu bapa Faeq merupakan teman rapat Sufian.

sufian suhaimi baby faeq

Ramai yang tidak jelas mengenai perkara ini, hingga sesetengah pihak menjadikannya bahan perdebatan. Ibu bapa Faeq adalah kawan baik saya sejak dahulu lagi dan kami sama-sama berasal dari Mersing, Johor. Sampai sekarang, hubungan kami akrab.

Apabila kami berjumpa, Faeq pun ada sekali. Kami pula hampir setiap hari melepak bersama. Saya dapat rasakan, saya dan Faeq serasi, jadi saya meminta izin mahu menjadi ayah angkatnya.

sufian suhaimi baby faeq anak angkat

Saya mengambil Faeq sebagai anak angkat bagi mengisi rasa kekosongan dalam diri, selain ingin menjadi insan yang lebih baik.

Sufian akui kehadiran kanak-kanak itu dalam hidupnya membawa sinar baru dan kini dia juga cukup teruja mempelajari perkara berkaitan penjagaan anak.

sufian suhaimi anak angkatApa-apa pun, kami harap Sufian ataupun sekarang ini dikenali sebagai Ayah Yan terus bahagia disamping Faeq.

Sumber Berita : BH ONLINE


14 responses to “Tiada Sebarang Isu Saya Ambil Anak Angkat Tanpa Agensi – Sufian Suhaimi”

  1. monyet chomel says:

    Saja je ni…budak ni ada parents…parents tu kawan baik bby pian…saje2 je ni buat2 cam anak angt….sbb tu tak ada documentation…angkat suka2…buat main2 je budak ni…buat2 amik gambar konon2 dok jaga bdak ni… saja nak publisiti… klw betol nak anak angat p mintak dgn jab kebajikan lah….besar pahala kau dapat… ini yg g angkat anak org buat pe…pastu bukan org susah plak parents bdak ni….

    • shah deraman says:

      mesti laa amik anak angkat sblm si elpirah tu beranak..nti kemurungan pulak tgk elpirah bermain dgn anaknye…pian hnya main telur je..x adil camni…lps tu bl dh kemurungan bermula episod “tak boleh move on” dia tu…buat lagu dan video klip ala2 nk sindir ex..

  2. Anonymous says:

    Apa maksud dia ambil anak angkat ni? Jumpa sekali-kala ke atau memang budak tu tinggal sebumbung dgn dia setiap hari. Takkan ambil anak angkat gitu je? Tak libatkan dokumen & pendaftaran sah dgn kerajaan? Si ibubapa bagi anak gitu je? Pelik betul. Tak sesuai engkau belum kahwin nak ada anak angkat. Jgn buat apa2 dgn budak tu sudah

  3. Hijha says:

    Wow, parents that willingly give up their own son? Considering tu kawan dia, so umur lebih kurang. Muda2 gatal nak main, lepas tu dapat anak tak mampu jaga? Almost everyday lepak sama tak kerja ke sbb tu buang anak?.. how sad is that wehh?

  4. Mata mata says:

    Suka tgk pyan ngan anak dia..semoga membesar jadi anak yg soleh dan membahagiakan

  5. Brunes says:

    yup you win, kau dulu dapat anak before elpirah.. hahahaha gosh!! tis is getting sad and sadder

Loading...