Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Sebab Untuk Saya Menjauhkan Diri Daripada Mereka – Abby Abadi

Serius Abang Nara rasa terharu sangat apabila membaca kenyataan Memey Suhaiza, Abby Abadi dan Norman Hakim di dalam Metro Ahad semalam. Inilah yang dikatakan pengorbanan untuk masa depan anak-anak. Abang Nara respek sangat-sangat dengan Abby Abadi yang mengambil inisiatif untuk berbaik-baik dengan Memey dan Norman.

null

Abby Abadi mengakui yang hatinya sering berbisik untuk berbaik semula dengan Memey dan Norman untuk masa depan anaknya. Kata Abby:-

Advertisement

Rasanya tiada sebab untuk saya terus menjauhkan diri daripada mereka suami isteri kerana saya terlalu kasihkan anak. Saya tak mahu anak menjadi mangsa keadaan apabila melihat keadaan kami yang seakan-akan tiada kesudahan. Saya bukan pendendam dan saya terima apa saja yang berlaku memang tertulis untuk saya. Yang berlalu biar berlalu, lagipun kasih sayang saya pada Norman berbeza berbanding dulu. Itu antara yang membuat saya kuat depan mereka.

abby tomei

Dan Abang Nara tambah terharu membaca kisah pertemuan Memey dan Abby yang menjadi titik tolak hubungan baik mereka. Kata Memey:-

Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mula saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan masa itu saya mengambil kesempatan untuk bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya. Sebelum ini kami banyak kali berjumpa, tapi masing-masing berdiam diri. Namun apabila kami berbaik semula, ia petanda baik untuk kami sekeluarga.

Walaupun timbul spekulasi yang menyatakan Norman dan Abby bakal rujuk semula, namun Abby 100% menafikan hal ini. Bagi Abby, dia hanya mahu bersama Memey dan Norman membesarkan anaknya tanpa menjadi orang ketiga. Semoga permulaan yang baik ini berkekalan sehingga bila-bila untuk mereka sekeluarga. Sama-sama kita doakan.

P.S: Kucing di tempat rehat masing-masing.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 Comments

  1. achmad abdollah

    August 23, 2012 at 10:19 am

    Apabila hidayah meresapi diri, hati yang ikhlas dan jiwa yang luhur pasti akan tumbuh. Tidak menghairankan kepada tindakan Abby ini. Semoga Allah ‘memanjangkan’ keimananmu.

  2. tulus

    August 8, 2012 at 11:48 pm

    syabas abby. demi anak-anak sanggup melupakan perasaan yg pernah disakiti (hanya perempuan yg telah melalui penderitaan ini akan faham) dan Allah telah membuka hati abby utk redho dgn ujian. syukur..

  3. Leo

    August 7, 2012 at 8:57 pm

    Dengan redha dan memaafkan org, semoga abby akan mendapat hikmah yang lebih baik.
    Teringan satu rancangan di astro abby di temuramah oleh Dr Fazilah kamsah. Dr FK bagi tau tiap sesuatu musibah pasti ada hikmahnya, kite sebagai manusia kena redha-seredhonye, akan ade hikmah yang lebih baik akan dapat selepas tu. Masa tu abby kata susah nak memaafkan kerena dia terlalu disakiti, Dr FK kata maafkan lah walau apa sebab sekali pun…
    Mungkin skg lah masa abby maafkan memey & norman…

  4. Farah Lorenza

    August 7, 2012 at 7:16 pm

    Alhamdulillah…
    Tahniah saya ucapkan buat keluarga besar Norman Hakim..
    Tahniah utk Abby & Memey kerana akhirnya mendapat jln penyelesaian yg cukup baik.. Semoga Allah permudahkn segalanya.. Utk Abby, semoga Allah temukan jodoh terbaik utk abby & anak2..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top